04 February 2013

Adik Secara Rasminya Berhenti KV

30 Jan 2013

Rabu tengah hari - Witri call. Kata nak tukar kos. Ok mak & abah setuju. Dari Mekanisasi nak tukar Tanaman. 

Rabu petang - Witri call lagi sekali. Mak jawab. Tapi, dia nak cakap dengan aku. Ait. Ok layan jela. Ha ! Tukar sekolah. Jerit dalam hati jela. Adoi, pahal pula Witri ni tetiba ja. Aku jawab ringkas kat dia, malam ni mesej  & bincang. Aku taknak mak aku tahu. Tak sanggup nak dengar dia bebel.

Rabu malam - Mesej dengan Witri. Tanya apa alasan then bla bla. Alasan sebab takda SPM. Nape tak cakap awal-awal. Aish. Tambah lagi, cikgu kelas dia senget g cakap bila dorg kuar dari sekolah tu tak boleh kerja kerajaan. Kena amik SPM dulu. Eh apa ke pelik la. Mesti ada something wrong kat otak cikgu ni. Hahaha. Pujuk-pujuk. Tetap takmau. Aku syak ada sebab lain. ASRAMA !


31 Jan 2013

Khamis pagi - Witri suruh aku gtau abah. Aku takmau, then dia gtau sendiri. Abah pun dah pening. Aish. Abah nak tahu alasan yang kukuh. Kenapa lah budak ni susah sangat nak terus terang.

Masa daftar & minggu pertama aritu ok ja. Tak bising plak. Tak sangka pula jadi camni. Hari Isnin petang masa tu pun hantar balik ke asrama ok ja. Ada orang buli dia ke. Ish. 

Nak tukar KV lain kos tak best & tak sesuai ngan diri dia. Ahh! Susah-susah aku letakkan balik je dia ni kat skola lama. Ok esok abah akan amik dia. Suh dia packing barang. Seronok dia. Walau berat dengan keputusan muktamad dia tapi entahlah, aku memang takda hak nak halang. Abah pun tak halang, so aku follow ja. 

Otak memang bercelaru. Sayang sangat-sangat Witri tak jadi duk hostel. Kan best kalau result dia bagus. Dah lama aku campakkan kat sekolah lama aku. Ahh ! Kalau result dia bagus lama dah dia masuk sekolah tu dari aritu. Sayang sekali. 


1 Febuari 2013

Jumaat pagi - Bertolak, mak & wanema ikut. Kami g ke sekolah Witri. Dalam kul 8 lebih bertolak. 10 pagi sampai. G terus ke Pejabat Penolong Pengarah. Cakap-cakap. Then Witri sampai. Dia memang taknak dah sekolah situ. Apa boleh buat. Dah bagi kaunseling semua. Pun tak masuk.

Last-last tulis surat then lepas. G hostel. Then bla bla. Dalam keta, aku tanya lagi sekali. Ok barulah dia buka cte. Aku dah agak. Ni mesti kes dari asrama. Warden, ye warden. No wonder lah ustaz tu cakap ramai budak laki lari dari sekolah tu. Even dah setahun sekolah situ. Dahsyat2.

Setakat nak roll call 2 3 hari dalam seminggu boleh lah. Ni tiap malam. Nak disiplin kan budak-budak pun agak-agaklah. Budak tu abis sekolah kul 5 ptg. Bukan setakat roll call. Dengan bagi denda lagi. Denda disebabkan pelajar tahun 2 yang wat hal. 

Apa ni. Agak-agak la. Kau nak aku ajar ke camne nak didik pelajar asrama. Tak payah lah nak street sangat. Bukan sekolah tentera nak berbaris tiap masa. Aish. Apa nak jadilah. Budak-budak pun satu hal, g la wat aduan. Apa yang nak ditakutkan. Kita ada hak apa.

Ok aku dah mula membebel. Bukannya apa. Sayang sangat-sangat tinggalkan sekolah tu. Pengurusan asrama ja yang kurang. Entahlah. Mungkin juga adik aku ni mental tak kuat. Tak macam Wasie, abang aku yang dulu belajar juga kat sekolah vokasional.

Em. Entahlah. Walau apa pun memang sepatutnya pengetua & pengarah KV tu cari lagi cara lain untuk didik budak-budak hostel. Budak-budak kalau nak bentuk jangan kasar-kasar sangat nanti jadi memberontak. Takpelah. Stop setakat ni. 




No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN ...... KLIK KLIK YE IKLAN UNTUK INFO