14 February 2013

Haramkan Shisha


Dewasa ini jelas kelihatan bahawa penggunaan shisha sudah semakin menular di kalangan rakyat Malaysia terutamanya di kalangan anak-anak muda Melayu.

Premis yang menyediakan perkhidmatan menghisap shisha juga semakin berkembang ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Saya ingin menyeru kepada kerajaan Malaysia supaya mengambil tindakan yang serius melalui media, jabatan kesihatan dan pihak berkuasa tempatan. Langkah-langkah yang praktikal perlu diambil memandangkan gejala menghisap shisha ini sangat merbahayakan kesihatan penggunanya, membebankan tugasan kaki-tangan kesihatan dan juga mengesani ekonomi negara untuk merawat para penggunanya.

1. Shisha sebenarnya adalah 400 kali lebih merbahaya daripada rokok (WHO)

2. Shisha mengandungi karbon monoksida, nikotin dan tar dalam kepekatan yang tinggi (WHO)

3. Penghisap shisha biasanya akan menyedut sebanyak 50-200 kali bersamaan dengan 0.15 - 1.0 liter asap selama 20-80 minit. (WHO)

4. Shisha adalah lebih merbahaya daripada menghisap sebanyak 102 batang rokok.

5. Shisha adalah punca kepada puluhan jenis penyakit seperti bronkitis, emphysema, kanser paru-paru dan lain-lain lagi.

Apakah hukumnya menghisap shisha ?

Tidak sukar untuk orang-orang awam seperti saya untuk memberikan jawapannya yang ternyata sangat jelas.

Setakat ini, negeri Melaka telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengharamkan penggunaan shisha. Namun saya tidak dapat mempastikan keberkesanan tindakan pengharamannya di negeri Melaka.

Bagaimana pula dengan pendirian negeri-negeri yang lain dan apakah tindakan yang akan diambil oleh agensi-agensi kerajaan pusat ?




Sumber - Credit to Dr Zainur Rashid Zainuddin


No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN ...... KLIK KLIK YE IKLAN UNTUK INFO