21 April 2013

Komuter Lama Muncul - KL Central

Huhu. Hari tu kuar jejalan kat KL, pastu masa nak balik ke Shah Alam mak oi punyalah lama menunggu tren ke Pelabuhan Klang ni hoi. Dalam keadaan iman yang tak berapa nak mantap ni, memang kadang-kadang rasa nak menjerit. Haha. Nak menjerit bukannya apa, tren ke Rawang sampai 3 kali mai depan mata aku. Pahal entahlah lembap. Aku rasa sebab tren dari Batu Caves tak banyak kot. Tak ramai yang datang dari arah Batu Caves kot.

Dalam 3 kali tren Rawang sampai tu, tiba-tiba muncul gerabak lama hihihi. Amboi rindunya, ni zaman dari 90-an sampai la tahun 2011 kot. Lupa dah aku. Lama sangat gerabak ni. Gelap pula tu dalamnya. Menyeramkan, hahaha. Eh tetiba teringat video Hantu Jepun dok lambai-lambai kat stesen kereta api. Hoho. Itu menyeramkan sangat-sangat. Nak duduk office sorang-sorang pun takut dah aku ni. Eh tukar topik plak. Tapi tu la hakikatnya, maka dan moga aku dapat moto cepat-cepat. Ngee :D






 Picture milik Wahidah BME. Sila hormat :)


No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^