04 April 2013

Macam Budak Sekolah Pula

Apa maksud tajuk post niii.. Haaa.. A'a memang pun, rasa macam terbalik dah. Zaman kerja aku orang hantar & amik aku selalu. Al maklum la baru lagi kerja, harta pun belum dapat nak beli. InsyaAllah akan datang akan ada ahli baru dalam hidup aku. Cik Moto....

Hee. Hopefully kan-kan. Pergi selalu aku tumpang kakak aku. One way, dia kerja kat Petaling Jaya belah nak dekat ngan KL sana. Aku dekat sikit area Subang Airport. Ara Damansara. Balik pula, pun sama salu tumpang kakak.

Kadang-kadang tumpang officemate, huhu. Hari ni abah mai amik. Seronok-seronok. Macam budak sekolah. Terbalik le, masa sekolah dulu salu balik sendiri jalan kaki, yele umah ngan sekolah tak jauh. Hik3. Ni jauh sangat2 le, kalau jalan kaki mahunya separuh hari tak sampai2 agaknya.

 Apa-apa pun setakat ni memang ok ngan kerja, hope ok dan terus ok. Kalau tak ok pun, buat macam biasa. Buat-buat blurrr. Nganganga. Layan jela. Dapat kerja ni pun kira alhamdulillah sangat-sangat. Rezeki kalau dah sampai masa, akan dapat juga. Aku percaya pada Allah SWT :)) Sayang Allah sgt-sgt. Tambah pula Allah bagi sama tempat kerja dengan sahabat sekolah menengah rendah dulu. Dari form 1 hingga form 3 kami rapat, Allah temukan semula. Syukur.


Bersepah Hoi !

No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^