08 June 2013

Pengalaman Hidup - Kawan Hampir Mencederakan Diri

Tetiba teringat situasi bila berdepan ngan org yg nak cederakan diri. Kwn ms blja dlu. 2009 & 2010.

Situasi 2009, aku tengah nak basuh pinggan. Masa tu bulan puasa lepas sahur, tiba-tiba datang kawan aku ni minta pisau. Dari jauh kakak senior aku kata jangan bagi. Aku pun blur masa tu. Selamat takda apa-apa. Kakak senior ramai masa tu, depa yang tenangkan. Aku dengar dari membe aku kawan yang minta pisau ni dah clash. Sama juga kes macam situasi 2010.

Masa ni aku belajar kat UNIKOP Gombak. Aku selalu lepak kat bilik geng aku. Masa mula bulan Ramadhan aku memang jarang sangat-sangat dah duduk rumah sendiri. Asyik ja duk rumah depan, rumah membe-membe aku. Syok ~

Situasi 2010. Kawan bilik aku jerit-jerit minta tlong, datang dari bilik sebelah. Aku tak berape ingat sangat. Rupa-rupanya kawan bilik sebelah aku dah pegang pisau, gaya macam nak cederakan diri. Puncanya bf dia nak tinggalkan dia. Kawan aku dah tak tahu nak buat apa, aku pun pakai tibai jela tenangkan kawan bilik sebelah aku tu. Kesian dia. Aku tak ingat full kejadian tu. Tapi alhamdulillah, pisau tu berjaya juga dialihkan dari tangan dia. Peluk dan tenangkan dia, sangat ganas dia masa tu. Lost control, meronta-ronta gitu. Siap gelak-gelak lagi pastu nangis, jerit-jerit. Dia tak boleh terima bf dia tinggalkan dia.

Situasi ni berlaku masa zaman diploma aku. Semester 1 lagi masa ni. Hostel aku kat Casa Perindu, aku belajar kat IKIP International College Kuantan Pahang. Semua ni antara pengalaman dalam hidup. Mana yang baik kita ambil jadi contoh, mana yang buruk berusahalah jauhi dan jadikan pengajaran. Setiap yang berlaku pada diri kita adalah pilihan kita sendiri. Sekian.




No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN ...... KLIK KLIK YE IKLAN UNTUK INFO