27 July 2013

Kenangan Hadiah Ulangtahun Kelahiran

Semalam merajinkan diri kemas barang-barang peribadi. Hee. Teringat pula zaman dulu-dulu. LOL. Eh sayang awak la ! Hahaha. Gedik ~

Dari dia :)


Picture milik Wahidah BME. Sila hormat :)

Makan Free (RIVERSIDE PWTC)

Terima kasih bos sebab buat majlis berbuka puasa dengan klien kita, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Dua kali pula tu. Rezeki2. Alhamdulillah. Hari tu site kat Kepong buat kat Restoran & Cafe Tupai-Tupai. Not bad, dapat makan meat ball. Hahaha. Khamis masa tu pula site Setapak pula, buat kat PWTC. Restoran yang terkenal RIVERSIDE. Boleh tahan menu-menu nya. Mungkin ni semua yang terakhir :)

Cuma mampu snap gambar saat-saat awal & akhir


 Picture milik Wahidah BME. Sila hormat :)

Teman Setia :')

Nama dia Hazimah ! :))

  Picture milik Wahidah BME. Sila hormat :)

Surau Paling Cantik & Indah Pernah Ku Lihat

PWTC :))


 Picture milik Wahidah BME. Sila hormat :)

Tiba Sebelum Berbuka !

Almaklum la jenis menumpang macam aku kena pasrah lah selalu. Kalau Abah takda kt rumah, balik biasa aku akan tumpang kakak. Bila dah waktu bulan puasa ni, banyak kali juga berbuka kat office masa awal Ramadhan masa tu kalau turn kakak amik. Tapi sejak dua menjak ni, alhamdulillah makin lama makin sempat la sampai ke rumah sebelum berbuka. Memang excited :))

Dulu zaman belajar selalu dengan kawan-kawan. Sekarang turn selalu dengan family pula lah. Termasuklah waktu bulan Ramadhan. Seronok. Dua-dua situasi seronok sebenarnya. Hidup ni bahagia & gembira kalau kita nikmati dan hargai betul-betul apa yang Allah SWT beri. InsyaAllah. Have fun semua. Hope dapat keberkatan & manfaat di bulan yang mulia kali ni. InsyaAllah... Aamiin..



Senyuman Dalam Jem

Dalam kereta Abah, Abah amik dari keja. Wanema pun ikut teman. Huhu. Jem bukan main dahsyat awal puasa hari tu. Pukul 7 baru sampai rumah, nak dibandingkan biasa kul 5 lebih dah boleh sampai rumah kalau Abah sampai pejabat aku kul 5. Huhu....

Dan dalam jem, sempat lagi bergelak ketawa bila tengok poster Pakcik Najib kat tepi jalanraya ni. Orang dalam jem, dia duk senyum ja. Ngee. Orang semua muka ketat, pakcik Najib setia dengan senyuman. Hahahaha. Adik aku dah pening-pening dah bila jem-jem ni. Meh kita tengok senyuman comel dari Pakcik Najib, PM tersayang :')


26 July 2013

Cantik Akhlak

Janganlah berbangga dengan kecantikanmu
Jangan berbangga dengan tubuhmu yang indah
Jangan berbangga dengan putihnya tubuhmu
Akan tetapi anda tak bisa menutupinya sesuai anjuran agama dan sedangkan akhlaq kita belumlah seindah fisik kita
NA’UDZUBILLAH….

Keindahan bukan untuk dipamerkan
Namun keindahan itu untuk dijaga
Dilindungi
Dari sesuatu yang dapat menimbulkan fitnah

Wanita akan terlihat cantik dengan jilbabnya
Bukan rambutnya yang terurai panjang
Wanita akan terlihat anggun dengan busana syar’inya
Bukan dengan hotpants ataupun rok mininya

Wanita akan terlihat berwibawa..
Karena inner beauty dan akhlaq mulianya
Bukan karena kesombongannya ketika berlenggok-lenggok waktu berjalan

Wanita akan terlihat ketawadu’annya
Ketika ia menundukkan kepalanya
Untuk menjaga pandangannya dari lelaki bukan mahromnya
Bukan karena ucapan manisnya

Wahai saudari-saudari sekelian
Cantiklah karena akhlaq baikmu
Bukan karena cantik fisikmu


Created by Muhamad Hafiz Mohamed Noor


03 July 2013

Kejahatan? Balaslah Dengan Kebaikan

Disakiti
Dikecewakan
Dipersiakan
Dipinggirkan
Dihina
Difitnah
Dimaki
Dicaci
Dibenci
Dikhianati

Dan lain-lain.....

Bersabarlah, balaslah segala perkara yang negatif itu dengan perkara positif
Balaslah kejahatan itu dengan kebaikan. Akan terdiam mereka lalu tidak mengulanginya



Madah Malam

Buat perkara yang jahat jangan ditunjuk-tunjuk
Buat perkara yang baik jangan menunjuk-nunjuk



Dipinggir

Walau aku cuba
Tetapi andai banyak dosa
Tetaplah aku dengan hukuman
Ya Illahi aku kelemahan

Sunyi, hati ini sepi
Biarkan aku sendiri
Aku lebih tenang
Daripada dipinggir tidak dipandang
 

Untuk Kita Semua

Diharapkan kita semua mampu jadi manusia yang sentiasa JUJUR. Berkata yang BENAR bukan yang DUSTA. Jangan MENIPU walau anda sedang bergurau atau tidak bermaksud. BERTERUS-TERANG juga adalah tindakan yang sangat positif, tetapi jangan lupa sentiasa kekalkan adab dalam berkata-kata. 

Bebelan ku sampai di sini sahaja. Minggu yang sadis :(