14 November 2013

Cara Jawab Salam Yang Dikirim Melalui Orang Tengah

97% muslim yang aku jumpa bila disebut :
"Wei, Mat kirim salam.." Yang akan dijawab adalah
"Iye ke? WA'ALAIKUMUSSALAM.."

Ok. Nampak macam tiada masalah kan?
Tertanya-tanya kan apa masalahnya kan?
Ya. Memang ada masalah.

Sebenarnya, jelas di dalam Hadis Nabi SAW, Nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen (orang tengah) maka jawapan yang diberi kepada kiriman salam tu bukannya, "wa'alaikumussalam". Sebenarnya begini

" Wa'alaika wa'alaihissalam "

Sebab apa? Mat suruh Abu kirim salam kat Ma'il.
Ma'il jawab " Wa'alaikumussalam "
Sedangkan

" Wa'alaikumussalam " bermaksud " Selamat sejahtera ke atas KAMU "

Jadi salam Mat kepada Ma'il tak terjawab bukan? Kerana Ma'il doakan salam tu kepada ABU SEDANGKAN ABU ADALAH ORANG TENGAH.

Manakala

" Wa'alaika wa'alaihissalam " bermaksud " Dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera "

Maka salamnya terjawab. Indahnya Islam.

Tambahan Ilmu - Hukum memberi salam itu sunat, manakala menjawab salam itu hukumnya adalah wajib. Jadi jika salah jawab, bermakna salam itu MASIH BELUM JAWAB.

Ilmu yang bermanfaat sebar-sebarkan ^^


Edit by Wahidah BME from Page FB SepahTu

13 comments:

  1. baru tahu....nice sharing..kalau x sampai bila2 pun xtahu

    ReplyDelete
  2. Sy pun baru tau hari ni. Tu yg share. Alhamdulillah ^^

    ReplyDelete
  3. sebenarnya dibolehkan jer jawab seperti bias sebab banyak pendapat ulama' berkenaan perkara ini ..

    ReplyDelete
  4. Aah sye pun bru tahu jawb salam yg btul..terima kaseh krane kongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi. Alhamdulillah. Sama2 dear :)

      Delete
  5. KAlau berlainan jantina macam mana?? Maksudnya.. Yng memberisalam itu (lelaki), beri kepada orang tenggah(perempuan) menjawab salam itu (lelaki) apakah memberisalam itu sama alaika wa'alaihissalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tanya ustaz / ustazah :)
      Maaf hihihihi .....

      Delete
  6. Ouh..macam tu rupanya

    ReplyDelete

Macih sudi komen ^^