14 November 2013

Miow Yang Rajin Menziarahi Rumah Jiran

Kebiasaannya miow ni akan datang ke rumah tiap-tiap hari. Sama ada tunggu depan pintu rumah atau saja buat-buat lepak area tangga aras rumah kami, buat-buat macam tengah nak tidur gitu. Dengar pintu rumah kami buka, mesti miow ni bangun dan dengan muka tak malu terus masuk rumah kami kah kah kah. Kadang, Abah, Kakak atau Adik-Adik bawa masuk miow ni. Kalau lama tak datang tu maksudnya tengah merajuk. Biasa merajuk sebab Abah kuat sangat gurau dengan miow ni. Hahaha. Contoh percik air kat miow ni, miow ni sangat takut dengan air. Bunyi air menitik pun dah buat muka cuak ! Suka main dengan miow ni. Bagi mam & minum. Masukkan dia dalam kotak. Haa.. Dia suka kotak tau. Hoho. Oh ye, miow ni milik jiran kami. Dorg bela banyak miow.

Antara koleksi picture ^^


Milik Picture Wahidah BME. Sila hormat :)

No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN ...... KLIK KLIK YE IKLAN UNTUK INFO