14 November 2013

Yuna Dan Teman Istimewanya Julian Schratter


IBU penyanyi dan komposer terkenal Yuna mengakui yang dia selesa dengan hubungan cinta yang terjalin di antara anak tunggalnya dengan jejaka Mat Salleh, Julian Schratter ketika ini.

Semasa ditemui di majlis pradengar album kedua Yuna berjudul, 'Nocturnal', ibu penyanyi kesayangan ramai itu, Fawzia Anum membayangkan dia seolah-olah merestui hubungan Yuna dan Julian yang kini hangat dilamun cinta.

Ditanya kemungkinan penyanyi yang semakin menempa nama di pentas hiburan antarabangsa itu bakal mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat, jawab Fawzia “biarlah Julian yang make the first move (mengambil langkah pertama).

Beliau mengakui bukannya mudah untuk jejaka bertuah itu disatukan dengan puterinya itu kerana dia perlu terlebih dahulu mendalami dan memeluk agama Islam.

“Mereka berdua masing-masing sibuk dengan kerjaya dan belum berkesempatan untuk memikirkan tentang hal ini secara serius,’’ ujar Fawzia lagi.

Menurutnya, keluarga kedua-dua belah pihak telah bertemu di Amerika Syarikat tidak lama dulu untuk saling kenal mengenali dan hubungan mereka amat mesra.
Apabila diajukan soalan mengenai hari bahagianya, sambil tertawa kecil penyanyi itu lantas mengelak dari berbicara lanjut.

Pada konsert Yuna yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada September lalu Julian hadir bagi memberi sokongan moral kepada kekasihnya itu. Julian yang merupakan jurugambar peribadi Yuna turut menjadi “selebriti” dan menjadi perhatian peminat-peminat Yuna yang hadir untuk menonton bintang kesayangan mereka itu.


No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^