11 December 2013

Hujan Yang Menenangkan

Lama sangat aku tak duduk kat balkoni saat hujan turun, alasan aku kilat guruh petir sangatlah menakutkan area rumah ni. Tapi buat apa aku cakap macam ni. Buat apa nak duduk balkoni menghadap hujan ? Haha .. Aku suka tengok hujan, seronok sangat rasanya. Oh sangat feel kalau masa hujan takda sebarang bunyi dentuman yang menakutkan keluar. Ok pecah rahsia kat sini aku seorang yang takut dengan bunyi petir kilat guruh semua tu. Nak buat macam mana, muka nampak brutal tapi saya memang seorang yang hati kecik hakikatnya. Mak Abah Adik Beradik & Insan yang rapat dengan aku ja tahu aku macam ni. Terima kasih sebab memahami. Jadilah aku budak kecil yang mengada-ngada..

Tadi siang berkesempatan duduk kat balkoni tengok hujan turun & rasakan angin yang sangat menenangkan. I like ! Oh cantiknya air hujan tu kena tiup dengan angin. Terima kasih Ya Allah sebab dah limpahkan kebaikan kat bumi Mu ini. Moga tumbuh-tumbuhan berlagu riang untuk teruskan hayatnya dengan suburnya. Dan Abah pasti seronok ! Kerana tanaman-tanamannya di kebun akan tumbuh dengan suburnya. Aamiin mudah-mudahan. Aku terus senyum dan tenang merasakan salah satu nikmat yang Engkau kurniakan Ya Allah. Moga aku dapat rasai lagi suasana begini


Copy&Paste-Google

11.12.13, secantik tarikh ini. Cantik juga cuaca hari ini. Syukur alhamdulillah ^^


No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^