13 December 2013

Kata-Kata Yang Baik



Hayatilah kata-kata pujangga, maruah seseorang terletak pada lisannya (kata-katanya). Islam adalah agama yang amat mengambil berat mengenai maruah dan harga diri. Disebabkan itu, Islam memerintahkan umatnya sentiasa menjaga lidah dengan mengeluarkan perkataan yang baik-baik

Ini selaras dengan firman ALLAH yang bermaksud,
“Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik serta diberi petunjuk ke jalan ALLAH Yang Amat Terpuji.” (Surah al-Hajj:24)

Perkataan yang baik bukan sekadar kata-kata molek yang keluar dari mulut seseorang. Tetapi juga merangkumi bentuk sedekah yang bermanfaat, yang boleh digunakan untuk kesejahteraan hidup bermasyarakat dan kebahagiaan abadi. Dalam hal ini

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Dan ucapan yang mulia itu adalah sedekah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perkataan juga diibaratkan mata pisau yang tajam. Perkataan yang dikeluarkan akan mencerminkan nilai dan darjat individu. Disebabkan itu, Rasulullah pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata dengan baik atau mendiamkan diri saja.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah juga menegaskan perkataan yang baik mempunyai nilai yang sama dengan amalan salih yang lain. Hal ini seperti sabda baginda yang bermaksud: “ Peliharalah diri kalian semua daripada api neraka walaupun dengan hanya memberikan sebiji kurma. Oleh itu, sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia menggantikan dengan perkataan yang baik.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


2 comments:

  1. betul betul kata kata yang baik melambangkan sikap kitaa kan wahida?

    ReplyDelete
  2. Betul una. Tak rugi berkata baik, InsyaAllah org pn suka. Nama kuarga pn akan dipandang baik InsyaAllah ^^

    ReplyDelete

Macih sudi komen ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN ...... KLIK KLIK YE IKLAN UNTUK INFO