10 December 2013

Yang Tertutup Itu Indah

Wanita tak lari dari kecantikan, semua wanita inginkan kecantikan pada diri masing-masing. Tetapi ada yang salah menggunakannya. Kecantikan bukanlah sesuatu yang untuk didagangkan, ditayangkan, dipaparkan, dipamerkan dan segala di la hee. Wahai wanita sekalian, mahukah anda letakkan diri anda umpama karipap sardin yang terdedah tanpa ditutup dengan bekas kaca yang cantik macam bekas kaca yang free bila kita beli barang tu? Mestilah nak ditutupkan dengan bekas kaca yang cantik tu, siapa tak mahu. Nanti karang terdedah dengan lalat dan angin kotor kat luar siapa nak makan karipap sardin tu? Ada sesiapa nak ke?


Hopefully kita wanita tak cetek akal dedahkan aurat sukahati pada yang bukan hak. Maaf kalau lantang berbahasa, kekadang tengok iklan-iklan kat TV, surat khabar, majalah and segala yang boleh dilihat oleh orang ramai lah.. aku jadi tertanya tak rasa diri tu murah ke kalau duk tayang-tayang diri tu. Malu kita sebagai wanita ada nya iklan angkat-angkat ketiak lah bagai, iklan tunjuk-tunjuk punggung, iklan pakai minyak wangi bila wanita tu lalu semua lelaki terpukau, apatah lagi iklan seksi meksi. Bila tengok TV dengan ahli keluarga yang berjantina lelaki terasa malu kot, geleng kepala tak sudah le jawabnye teman oi. 

Jadi bila difikirkan semula apa yang Islam anjurkan tak pernah rugi atau sia-sia untuk manusia. Semuanya untuk kebaikan dan perlindungan manusia tu sendiri. Bayangkan kalau sorang wanita ni, dia kerap pakai pakaian yang seksi, kerap dedahkan kecantikan dia dengan ber'makeup' pasti dia akan kelihatan biasa bila dah sepanjang masa dedah 'perkara' yang cantik yang ada pada diri dia. Dan berkemungkinan besar, jadi kuranglah special wanita tu di mata pasangannya iaitu suami. Bila dah jadi macam tu, kurang enaklah seri dalam rumah tangga. Tak umm gitu ^^ 

Jom sama-sama jaga dan pelihara kecantikan diri ikhlas kerana Allah SWT kerana Dia sememangnya sukakan pada kecantikan. Jika cantik dalaman kita, maka akan cantik juga lah luaran kita. Walaupun berisi (haha) cehh gurau je. Ok daa. Cantik akhlak kerana amal ibadat, cantik rupa kerana keikhlasan. Wallahu'alam. 



Wahidah BME
Sumber Gambar - GOOGLE

No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^