24 January 2013

9 Perkara Mimpi Nabi Muhammad SAW

Selepas baca silakan share :)

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"





23 January 2013

Witri Masuk KVDLM Rembau !

A'ha. Walaupun lambat sehari update aku nak juga update pasal entry ni. Hik3.


21 Januari 2013, Isnin

Pagi-pagi, Abah Mak Aku Wanema & Witri bangun antara jam 5pagi - 5.30pagi . Semalamnya kelam kabut sikit sebab baru balik dari kampung Johor. Along kawin, sepupu perempuan aku. Ptg g Mydin ngan Abah Wanema & Witri. Beli barang Witri yang tak lengkap lagi.

Kami bertolak jam lebih kurang 6pagi lebih. Wah gelap lagi keliling. So excited ! Rasa macam tak percaya ja nak hantar Witri ke sekolah asrama. Stop jap kat stesen minyak.


Kesian Witri tak berapa sihat sangat masa ni


Abah bawa mmg laju sangatlah. Macam biasa, hahaha. Sampai susur masuk Pedas Linggi Rembau, abah pun masuk. Then ha ! Sampai dah. So sekejap lah. Tak sampai 2 jam. Hik3. Sampai Kolej dalam jam 8 pagi camtu.

9 pagi baru mula majlis, mak tunggu dalam dewan. Kami sarapan, mak kata kenyang. Bila dah mula majlis taklimat, ibu bapa kena duduk dalam dewan, anak duduk luar. Apa lagi menyembang lah kami adik beradik. Oh mengimbau kembali kenangan masa daftar kt SMTKS !


Suasana dari luar dewan 

Masa daftar agak kelam kabut sebabnya daftar online so ada masalah teknikal. Ini adalah perkara biasa, haha. Sebab kawan-kawan teknik dulu pun pernah juga kena. Banyak borang-borang yang perlu di isi tak diberi dengan lengkap. Semua kena print sendiri. So lepas ni bila aku nak daftarkan Wafiq, aku takkan pakai sistem internet dah. Haha. Kesian Witri :(

Aku rasa bersalah sangat-sangat tak dapat sediakan yang terbaik untuk dia dari segi pengurusan pendaftaran. Apa-apa pun aku harap Witri dapat jadi manusia yang lebih baik bila dah menuntut ilmu kat sana. Berat juga hati bila dapat tahu dia terus ambil Diploma selama 4 tahun. Ingatkan SPM ja. Sijil Kemahiran Vokasional Malaysia + Diploma Mekanisasi Agro. Hope jadi best student dalam kursus, ikut jejak Wasie.

Bersungguh-sungguh kami tolong Witri kemaskan katil & almari. Ada yang tak lengkap masa ni. Um. Aku yakin dia mampu hidup berdikari kat sana. Abah & Mak banyak berkorban. Moga Witri sentiasa ingat. Aku & Wanema sekadar sampingan juga adik beradik yang lain. Alhamdulillah hajat nak masukkan Witri ke sekolah vokasional tercapai. 


Wanema yang membantu. Hihi.





18 January 2013

Sesuatu Itu Telah Setel

Syukur alhamdulillah. 2 perkara yang dirisaukan sebelum ni dah setel. Yeah ! Ujian Undang2 dah setel, berkat tunggu hampir 5 jam akhirnya berjaya juga lulus dengan jayanya. Lepas ni bolehlah ke sesi seterusnya. Huhu.

Item-item yang aku orderkan untuk kakak pun sebenarnya dah sampai 16 Jan masa tu. Dah agak dah, ada yang tak kena dengan pembungkusan. Never mind, hopefully perkara ni tak terjadi lagi. Haaa. Rasa sangat lega di saat ini.

Malam yang dingin, Shah Alam sejuk. Terima kasih Allah menyuburkan lagi tanah tumbuh-tumbuhan di Shah Alam. Esok kalau takde halangan akan sampai ke kampung halaman. Along kahwin ! Kakak sepupu :) Harap sangat semua berjalan lancar.

21 Jan, hantar Witri ke Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja :')


16 January 2013

Ada Sesuatu Dalam Fikiran

Alhamdulillah selamat interview siang tadi.
Ada dua perkara yang mengganggu pemikiran aku.

Satu, mana lah item-item yang aku orderkan untuk kakak aku ni tak sampai-sampai.
Aish. Harap sangat esok sampai, dah lewat 2 hari ni. Risau pula.
Dah la siang tadi kebetulan nampak jiran depan dapat barang penghantaran.

Silap tulis alamat ke depa ni.
Tapi mustahil lah, takkan takda nama kat barang tu, no phone.
Aish. Janganlah jadi yang buruk-buruk.

Dua, jumaat ada ujian komputer ! Haaaa. Ok gudluck Wahidah :)

15 January 2013

Susah Sangat Ke?




 "Tak suka dengan undang-undang kerajaan Malaysia, kau boleh keluar dari Malaysia ni. Dasar tak reti bersyukur dengan apa yang kerajaan dah bagi."(Syukur..Alhamdulillah..)

Cara jawab : Tak suka dengan hukum hakam kerajaan Allah, kau keluar dari planet ni. Ini Allah punya. Semua Allah punya. Dasar tak reti bersyukur!


Credit - Jkkk Fan Club

_ _ _ _ _ _


Dan aku ingin menambah pada yang masih tidak sedar, terutama remaja atau dewasa atau yang sudah berusia. Jangan dikejar kerjaya, kejayaan duniawi atau hiburan sahaja. Ingat apa tujuan hidup kita di dunia yang SEMENTARA ini. Buanglah pemikiran TAK SUKA PADA POLITIK atau TIDAK MAHU MENCAMPURI POLITIK.


Bagi yang kurang memahami ajaran Islam, mungkin sentiasa menjauhkan diri dari tanggungjawab sebagai rakyat di negara sendiri. Apatah lagi negara Islam.

Membenci politik yang terang-terang sebahagian dari syarat perlaksanaan negara Islam. Boleh buka & baca semula erti politik dalam buku PAI.

Jika politik sekarang banyak kesalahan dan kelemahannya, kenapa tidak kita bantu memperbetulkannya. Walau sedikit, tapi jika kita bersatu InsyaAllah kita kembali maju.

Kembali maju dengan berpandukan Al Quran dan Sunnah. Setiap apa yang Allah tetapkan tiada satu pun akan mensia-siakan kehidupan kita :)

Bukan bercakap sesuka hati
Tetapi Allah dah tetapkan ini
Jangan ada rasa sangsi
Kelak dosa yang sentiasa mengiringi

 

Tragedi Pesawat MH635 Terhempas Di Tanjung Kupang Johor 4 Disember 1977

Semalam bosan-bosan tetiba teringat website Cari Forum. Hee. Macam biasa, aku terus merayap ke Kategori Politik & Peristiwa dan memilih Misteri, Paranormal & Sakti. Ni memang favourite aku sangat-sangat. Mata aku pilih lah mana tajuk yang best-best. Ada tajuk ok banyak juga, tapi bila baca bosan. Aku cari lagi yang lain. Then terbaca satu tajuk. Haaaa nampak menarik.

Then klik dan terus mulakan membaca. Dengan penuh kekhusyukan. Aku tak tahu pun sejarah cte ni ! Haaaa. Antara permulaan cerita mereka tentang thread ni.


Daging berkecai di 'paya hangus'

Tapak pesawat Penerbangan Malaysia MH635 yang terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4 Disember 1977 kini hanyalah sebuah belukar tinggal. Ia menyembunyikan 1,001 misteri yang belum sempurna terjawab.

ANTARA faktor pemula kisah yang disiarkan ini ialah cerita-cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut oleh para pemandu teksi di sekitar Johor Bahru. Mereka menyebarkan cerita tentang kelibat wanita berpakaian seperti pramugari pada waktu malam di jalanan sekitar Jalan Kebun Teh dan juga di Gelang Patah, Johor.

 "Wanita itu meminta dihantarkan ke salah satu destinasi itu. Kawan saya pernah terkena sebelum ini. Apabila ditanya wanita itu kenapa dia mahu turun di tempat yang gelap dan bukan kawasan perumahan, wanita itu tiba-tiba ghaib dari tempat duduk penumpang.

 "Ada pula yang sempat dijawab wanita itu. Katanya, 'bang, saya nak cari tangan saya yang putus'. Gugur jantung saya," cerita seorang pemandu teksi, Yusof Mohamad, yang menggeleng-gelengkan kepala sambil berdoa dirinya tidak diuji dengan pengalaman seperti itu.

Ramai orang di bandar raya Johor Bahru maklum tentang kisah seram tersebut. Sama ada mendapat respons ketawa atau rasa takut yang melampau, ia sebenarnya merantai ingatan mereka terhadap sebuah tragedi dahsyat yang pernah berlaku lebih tiga dekad lalu.

 Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS). Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh anak kapal telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.

 Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.

 Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung nelayan di situ. Ada yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Ada pula penduduk yang berani bergegas ke tempat kejadian.

 "Saya ternampak gugusan api yang marak menyala di langit. Sejurus ia terhempas ke bumi, bergegar jadinya kawasan ini. Semua orang terdiam dan berdebar-debar," ujar seorang warga Kampung Tanjung Kupang, Ahmad Puteh, yang sewaktu kejadian itu berusia 26 tahun dan masih bujang.

Baca selanjutnya di SINI



11 January 2013

Lesen Moto Lagi

Semalam sebelum Wanema nak pergi KWSP daftar dengan kawan dia untuk kegunaan dia kerja kat KFC nnt, aku ada tanya Abah pasal lesen. Abah ajak pergi tanya. Hik3. Abah bagi ja ambil, hik3. Suka3. Alhamdulillah.

Gerak kul 2 ptg, then lepas pergi KWSP Seksyen 11 pergi pula CIMB Bank Seksyen 18. After that barulah ke Seksyen 19. Hik3. Wanema & Nani pergi fotostat, aku & Abah gerak g Kedai buat lesen tu. Ha ! Jeng2

Jumpa Kak Zana, ex kakak masa kerja kat OPTIMO 2009 dulu. Oh rindunya, sebelum ni nak jumpa asyik tak jadinya. Ha amik kau kali ni Allah yg temukan sendiri. Walau kejap sahaja. Syukur. Rumah Kak Zana area sini ja memang senang la terserempak.

Sejak aku dah tak bawa moto, aku jadi malas nak merayap-rayap. Hik3. Oh sejak badan ni besar pun aku lagi lah malas nak jumpa orang. A'a malu :D Thats normal. Lagipun duit pun bukan ada sangat lorhh.

Pastu terus g daftar, setakat ni mampu buat lesen moto ja dulu. Kereta kemudian, bila aku dah kerja nanti. Hopefully juga sempat buat lesen sama dengan adik aku sendiri, Wanema ! Hik3. Dia takmau pun belajar moto. Kah3. Ikut jejak Mak & Kakak aku. Aku ja yang lain. Hee :D

Aku cuma harap lepas ni, aku dapat kerja area Shah Alam. Kerja biasa2 pun takpa, asalkan office hour. Mau amik lesen hujung minggu senang. Hee. Hopefully :))





Akhirnya !

Alhamdulillah akhirnya adik aku Muhammad Witri dapat tawaran belajar kat Kolej Vokasional :) Dulu orang panggil Sekolah Menengah Teknik / Vokasional. Alhamdulillah dia pun dapat kursus yang dia minat. Hik3. Mekanisasi Agro. Walaupun result PMR dia sederhana sahaja. Syukur masih ada rezeki.

Aku suka sebab aku ex student hostel. Hik3. Aku harap adik aku berjaya sampai lah dia tamat pengajian kat sekolah tu sendiri. Hee. Semoga berjaya adik tersayang.



03 January 2013

Ada Di Luar Negara Dalam Masa Setengah Jam !

Tajuk nak gempak je Wahidah BME ni. Hik3. Saja ja, jangan marah noh. Satgi kena jual. Hee. Percutian pulang ke kampung kelahiran aku masa hujung May 2012 yang lalu buat aku berkesempatan melangkah ke 'luar negara' bersama Abah & Wanema adik aku. Cadangnya nak follow jiran kampung mak, tapi Abah lewat sangat. Hik3.

Last-last kami la p tibai g sama-sama ngan Abah. Mak jual mahal. Hahahaha. Jalan-jalan lah kami 3 beranak. Abah pandu kereta perodua Kelisa yang uncle ktorg pinjamkan. Kampung Tebedu Serian Sarawak ni memang dekat dengan sempadan Kalimantan Indonesia. Ye kot. Entah. Tak sure. Yang penting memang dekat dengan sempadan.

Salunya peniaga dari Indonesia akan datang ke kampung untuk meniaga. Biasanya kain batik dan pakaian. Ingat lagi masa aku kecil-kecil dulu, mak ada belikan aku baju dan seluar dari peniaga dari sana. Ada lagi until now. Muat lagi. Aku kan terbantut. Hik3. Apa-apa pun kain batik lah paling best beli. Kain batik depa kan cantik-cantik dan berkualiti.

Paling murah kalau dapat tawar menawar dengan dorg. RM8/sehelai. Ha gitu. Sehelai ke nak panggil untuk kain batik. I dont know. Hik3. Dengan bantuan sorang hamba Allah ni yang datang tiba-tiba meng'offer' diri kami selamat masuk ke Indonesia. Hahaha. Perkara ni biasa, hik3. Not bad la. Aku kalau banyak duit mesti dah borong dah macam-macam.

Yang dapat memborong abah jela. Abah ada tanya nak beli apa, tapi aku malu-malu miow la. Haha. Kain batik pun dah cukup. Ok sebelum korang bosan aku bebel meh aku kongsi picture-picture. Aku sempat snap after g shopping ja. Hee :D




02 January 2013

Hai Kedai Mukabuku HaWa

Hari ni rutin harian aku meng'update' item-item jualan kat Kedai Mukabuku HaWa. Fuhh lega dah setel upload handbag yang paling latest. Esok sambung update clothes pula. Harap-harap dapat update dalam bilangan yang banyak. InsyaAllah. Pada rakan-rakan bloggers yang bergelar wanita boleh lah usha-usha item yang aku jual. Jangan lupa add dulu, kalau tak takkan keluar picture-picture :) Klik bawah ni.


KedaiMukabukuHaWa


Antara handbag yang terbaru



Kerja Oh Kerja

Macam belum bersedia lagi sebenarnya. Apa-apa pun aku harap tahun 2013 ni ada rezeki aku dapat kerja yang terbaik untuk diri aku. Entahlah, susah nak cerita apa yang kita rasa. Cuma harap orang sekeliling tak mempersoalkan hal urusan hidup aku. Just sokong ja apa yang aku nak buat kecuali lah kalau pada hal-hal yang memudaratkan.

Em. Esok Witri & Wafiq pun dah ke skola semula. Cepat masa berlalu. Tup tup dari 12 Nov tu aku balik dari Kuantan until now aku still lagi dengan family. Ye duduk dengan family memang best dan tipulah takda juga kekurangan nya. Tapi tu tak payah cte la. Benda normal la dalam hidup. Aku dalam dilema. Cuma aku berharap Allah tunjukkan aku jalan yang terbaik. Itu saja.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN ...... KLIK KLIK YE IKLAN UNTUK INFO