26 February 2013

No Idea

Hahaha. Tengok title atas ni, aku memang takda idea. Takda mood nak menulis-nulis, ngee. Sibuk uruskan bisnes online, Kedai Mukabuku HaWa . Jemputlah mai jenguk-jenguk. Tapi wanita je eh. Hik3. Semua item-item wanita ja kat sini.

Fuhhh. Apa-apa pun ni boleh jadi kerja sampingan ja. Sebabnya, item-item yang dijual bukanlah keperluan yang perlu dibeli tiap hari :D Tapi kena teruskan juga, sementara aku dapat kerja yang tetap. Hopefully ada rezeki, sentiasa usaha dan menanti :')

Sabtu lepas ada menghadirkan diri temuduga kat Old Town Petaling Jaya. Dekat ngan tempat keja Abah. Abah yang hantarkan, selamatlah Abah cuti hari tu. Position Admin Executive. Alhamdulillah berjalan lancar, tapi akan ada temuduga kali kedua. Nama akan di shortlist kan.

Tak mengharap sangat, walau dari feedback dorg memang ok. Kalau dapat syukur alhamdulillah. Sebab gaji ok, tempat keja pun ok, skop kerja pun tak lari dari minat. Cuma maybe besar kemungkinan ada ketakutan nak g tempat kerja. Naik moto. Penunggang & pemandu skrg byk berperangai hantu. Tetaplah ajal maut hak Allah. Aku menunggu dan terus menunggu. Moga bulan 3 ni ada rezeki. InsyaAllah :)


14 February 2013

Tak Pernah Lupa

Teringat
Memang sering teringat
Kisah lalu takkan pernah pergi berlalu begitu sahaja dari ingatan
Hanya Tuhan yang berkuasa untuk menghentikan ingatan itu

Luka tetap luka
Aku tak mampu menghilangkan parut yang ada
Wahai yang pernah menyakiti
Semoga engkau mengambil pengajaran

Memang sukar untuk ku tafsirkan dengan tulisan
Apa yang berlaku
Apa yang ku rasai
Aku tetap wanita yang rapuh imannya


Haramkan Shisha


Dewasa ini jelas kelihatan bahawa penggunaan shisha sudah semakin menular di kalangan rakyat Malaysia terutamanya di kalangan anak-anak muda Melayu.

Premis yang menyediakan perkhidmatan menghisap shisha juga semakin berkembang ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Saya ingin menyeru kepada kerajaan Malaysia supaya mengambil tindakan yang serius melalui media, jabatan kesihatan dan pihak berkuasa tempatan. Langkah-langkah yang praktikal perlu diambil memandangkan gejala menghisap shisha ini sangat merbahayakan kesihatan penggunanya, membebankan tugasan kaki-tangan kesihatan dan juga mengesani ekonomi negara untuk merawat para penggunanya.

1. Shisha sebenarnya adalah 400 kali lebih merbahaya daripada rokok (WHO)

2. Shisha mengandungi karbon monoksida, nikotin dan tar dalam kepekatan yang tinggi (WHO)

3. Penghisap shisha biasanya akan menyedut sebanyak 50-200 kali bersamaan dengan 0.15 - 1.0 liter asap selama 20-80 minit. (WHO)

4. Shisha adalah lebih merbahaya daripada menghisap sebanyak 102 batang rokok.

5. Shisha adalah punca kepada puluhan jenis penyakit seperti bronkitis, emphysema, kanser paru-paru dan lain-lain lagi.

Apakah hukumnya menghisap shisha ?

Tidak sukar untuk orang-orang awam seperti saya untuk memberikan jawapannya yang ternyata sangat jelas.

Setakat ini, negeri Melaka telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengharamkan penggunaan shisha. Namun saya tidak dapat mempastikan keberkesanan tindakan pengharamannya di negeri Melaka.

Bagaimana pula dengan pendirian negeri-negeri yang lain dan apakah tindakan yang akan diambil oleh agensi-agensi kerajaan pusat ?




Sumber - Credit to Dr Zainur Rashid Zainuddin


06 February 2013

Rahsia Air Kelapa

Air kelapa bukan saja enak diminum tetapi juga banyak khasiatnya untuk
kecantikan mahupun kesihatan. Berikut antara khasiat air kelapa yang
boleh anda cuba.

MENGHILANGKAN JERAWAT 

Sediakan satu gelas air kelapa, masukkan sedikit kunyit hidup yang telah diparut dan biarkan semalaman. Setelah itu, tambahkan sedikit serbuk kayu cendana dan simpan selama tiga hari. Kemudian, barulah boleh dipakai dengan cara menyapukan sedikit ramuan tadi pada bahagian yang berjerawat dua kali sehari.

CEGAH UBAN
Campurkan sebiji air kelapa dengan satu sudu garam. Cuci rambut dahulu, kemudian sapukan air kelapa tersebut pada rambut sambil menggosok perlahan selama beberapa minit sebelum dibilas bersih.

WAJAH BERSERI
Simpan secawan air kelapa selama satu malam. Kemudian, sapukan air kelapa tersebut pada wajah dan biarkan selama sejam sebelum dibilas bersih.

ELAK KEDUT
Amalkan membasuh wajah dengan air kelapa setiap hari bagi mengelakkan kedutan atau melambatkan proses penuaan.

CANTIKKAN TAPAK KAKI
Rendam segenggam beras dalam air kelapa selama 7 jam. Setelah itu, tapis beras tersebut dan tumbuk hingga halus. Sapukan ia pada tapak kaki terutama pada kulit kasar dan mengelupas.




Minta izin kalau nak COPY ^^
Wahidah BME

04 February 2013

Adik Secara Rasminya Berhenti KV

30 Jan 2013

Rabu tengah hari - Witri call. Kata nak tukar kos. Ok mak & abah setuju. Dari Mekanisasi nak tukar Tanaman. 

Rabu petang - Witri call lagi sekali. Mak jawab. Tapi, dia nak cakap dengan aku. Ait. Ok layan jela. Ha ! Tukar sekolah. Jerit dalam hati jela. Adoi, pahal pula Witri ni tetiba ja. Aku jawab ringkas kat dia, malam ni mesej  & bincang. Aku taknak mak aku tahu. Tak sanggup nak dengar dia bebel.

Rabu malam - Mesej dengan Witri. Tanya apa alasan then bla bla. Alasan sebab takda SPM. Nape tak cakap awal-awal. Aish. Tambah lagi, cikgu kelas dia senget g cakap bila dorg kuar dari sekolah tu tak boleh kerja kerajaan. Kena amik SPM dulu. Eh apa ke pelik la. Mesti ada something wrong kat otak cikgu ni. Hahaha. Pujuk-pujuk. Tetap takmau. Aku syak ada sebab lain. ASRAMA !


31 Jan 2013

Khamis pagi - Witri suruh aku gtau abah. Aku takmau, then dia gtau sendiri. Abah pun dah pening. Aish. Abah nak tahu alasan yang kukuh. Kenapa lah budak ni susah sangat nak terus terang.

Masa daftar & minggu pertama aritu ok ja. Tak bising plak. Tak sangka pula jadi camni. Hari Isnin petang masa tu pun hantar balik ke asrama ok ja. Ada orang buli dia ke. Ish. 

Nak tukar KV lain kos tak best & tak sesuai ngan diri dia. Ahh! Susah-susah aku letakkan balik je dia ni kat skola lama. Ok esok abah akan amik dia. Suh dia packing barang. Seronok dia. Walau berat dengan keputusan muktamad dia tapi entahlah, aku memang takda hak nak halang. Abah pun tak halang, so aku follow ja. 

Otak memang bercelaru. Sayang sangat-sangat Witri tak jadi duk hostel. Kan best kalau result dia bagus. Dah lama aku campakkan kat sekolah lama aku. Ahh ! Kalau result dia bagus lama dah dia masuk sekolah tu dari aritu. Sayang sekali. 


1 Febuari 2013

Jumaat pagi - Bertolak, mak & wanema ikut. Kami g ke sekolah Witri. Dalam kul 8 lebih bertolak. 10 pagi sampai. G terus ke Pejabat Penolong Pengarah. Cakap-cakap. Then Witri sampai. Dia memang taknak dah sekolah situ. Apa boleh buat. Dah bagi kaunseling semua. Pun tak masuk.

Last-last tulis surat then lepas. G hostel. Then bla bla. Dalam keta, aku tanya lagi sekali. Ok barulah dia buka cte. Aku dah agak. Ni mesti kes dari asrama. Warden, ye warden. No wonder lah ustaz tu cakap ramai budak laki lari dari sekolah tu. Even dah setahun sekolah situ. Dahsyat2.

Setakat nak roll call 2 3 hari dalam seminggu boleh lah. Ni tiap malam. Nak disiplin kan budak-budak pun agak-agaklah. Budak tu abis sekolah kul 5 ptg. Bukan setakat roll call. Dengan bagi denda lagi. Denda disebabkan pelajar tahun 2 yang wat hal. 

Apa ni. Agak-agak la. Kau nak aku ajar ke camne nak didik pelajar asrama. Tak payah lah nak street sangat. Bukan sekolah tentera nak berbaris tiap masa. Aish. Apa nak jadilah. Budak-budak pun satu hal, g la wat aduan. Apa yang nak ditakutkan. Kita ada hak apa.

Ok aku dah mula membebel. Bukannya apa. Sayang sangat-sangat tinggalkan sekolah tu. Pengurusan asrama ja yang kurang. Entahlah. Mungkin juga adik aku ni mental tak kuat. Tak macam Wasie, abang aku yang dulu belajar juga kat sekolah vokasional.

Em. Entahlah. Walau apa pun memang sepatutnya pengetua & pengarah KV tu cari lagi cara lain untuk didik budak-budak hostel. Budak-budak kalau nak bentuk jangan kasar-kasar sangat nanti jadi memberontak. Takpelah. Stop setakat ni.