27 April 2013

Kerana Mulut Semua Akan Binasa

Sama-samalah kita semua ingatkan diri, jangan suka hati meluahkan kata-kata tanpa berfikir sedalam-dalamnya. Boleh jadi seseorang tu dari dia elok-elok sayangkan seseorang ni, bila dah selalu sangat disembur / dihambur (lagi ape eh) dengan kata-kata yang menyakitkan lama kelamaan hati dia dah terkikis / hilang sikit demi sedikit perasaan kasih sayang tu. Maka berhati-hatilah.

Kalau rasa nak hidup tak serabut / tak banyak musibah / taknak sakit janganlah sesekali anggap hati perasaan manusia sekeliling ni biasa-biasa ja. Allah bagi akal untuk kita berfikir. Semua dah besar, matangkanlah diri. Umur kita pun semakin meningkat. Panjang lagi perjalanan nak tempuh. Jangan disebabkan mulut yang binasa tu, habis kehidupan korang kucar-kacir sebab sakitkan hati manusia lain.

Jom kita renungkan sebahagian dari hadis Nabi Muhammad SAW. Jadikan Baginda SAW sebagai contoh sepanjang umur kalian. InsyaAllah hidup ni tenang walau diri dilambung ujian dari Allah SWT. Memang manusia tak sempurna  tapi kita semua mampu berusaha untuk jadi yang baik dan lebih baik dari sebelum ni. Sekian.

Renungan

Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Quran
· Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.




SUMBER

Hak Masing-Masing

Kenapa manusia perlu mempersoalkan pilihan seseorang. Just go jela ngan pilihan korg, ignore ja apa yang aku nak post kat wall FB aku tu. Tak suka atau tak selesa remove ja aku dari friends korg. Aku pun tak rugi apa-apa. Come on la, hidup tu janganlah asyik fikir negatif thing ja. Setiap manusia ada hak bersuara, ada hak memilih, ada hak menyebarkan kebenaran dan kalau korg tak suka apa hak korg nak marah-marah.

Rileks sudah kan. Hidup jangan sempit sangat pemikiran tu sampai nak menidak kan perkara yang terang lagi bersuluh depan mata. Kesian sangatlah. Kalau kat internet macam laman sosial ni manusia bebas bersuara, asal tak melampaui batas sudah.

Macamlah apa aku post tu teruk gila, macam la aku post video LUCAH, macam la aku dedah aurat manusia lain, macam la aku buat DOSA yang korg nak persoal-persoal. Ikutlah kalau siapa nak terasa. Jangan renggangkan hubungan hanya sebab kita bercanggah pendapat.

Ignore jela apa yang aku luahkan kat sini. Hopefully dorg tahu AKU TAK SUKA orang yang suka PERSOALKAN pilihan aku. Sila hormat ok. Kita semua dah besar, pandai-pandailah fikir. Hidup jangan reti salahkan tanpa rujuk pada sebelah pihak. Sangat berkias. Ye memang pun. Sila tahu ye semua manusia, JANGAN FIKIR NEGATIF ja keja. Sekian.



21 April 2013

Suka Dengan Senibina !

Ok memandangkan diri ini tak reti drive. Oleh itu, tiap kali aku jadi penumpang, mata aku akan meliar ke luar tingkap. Masa tu mula lah mata ni terpandang bangunan yang ada di sekeliling dan sepanjang jalan. Dengan senibina yang tip top, oh aku teruja! Pastu, ini lah jadinya




 Picture milik Wahidah BME. Sila hormat :)


Komuter Lama Muncul - KL Central

Huhu. Hari tu kuar jejalan kat KL, pastu masa nak balik ke Shah Alam mak oi punyalah lama menunggu tren ke Pelabuhan Klang ni hoi. Dalam keadaan iman yang tak berapa nak mantap ni, memang kadang-kadang rasa nak menjerit. Haha. Nak menjerit bukannya apa, tren ke Rawang sampai 3 kali mai depan mata aku. Pahal entahlah lembap. Aku rasa sebab tren dari Batu Caves tak banyak kot. Tak ramai yang datang dari arah Batu Caves kot.

Dalam 3 kali tren Rawang sampai tu, tiba-tiba muncul gerabak lama hihihi. Amboi rindunya, ni zaman dari 90-an sampai la tahun 2011 kot. Lupa dah aku. Lama sangat gerabak ni. Gelap pula tu dalamnya. Menyeramkan, hahaha. Eh tetiba teringat video Hantu Jepun dok lambai-lambai kat stesen kereta api. Hoho. Itu menyeramkan sangat-sangat. Nak duduk office sorang-sorang pun takut dah aku ni. Eh tukar topik plak. Tapi tu la hakikatnya, maka dan moga aku dapat moto cepat-cepat. Ngee :D






 Picture milik Wahidah BME. Sila hormat :)


Piala oh Piala

Nak kumpul piala dari sekolah rendah sampai lah zaman diploma bagi aku memang agak susah. Al maklum lah saya ni budak pemalas sikit. Hik3. Tak macam kakak saya, rajin orangnya. Mungkin banyak sangat perangai macam lelaki aku ni. Hey wahidah ! Asal malas ja kau petik jantina lelaki. Janganlah marah :) Tapi kebanyakan nya macam tu la kan. Tapi bagi aku lelaki ni bukanlah pemalas tetapi dorg ni sukakan dan sangat-sangatlah suka perkara yang simple. Dan aku pun macam tu. Hahahaha.

Saya budak biasa, kelas pun kadang-kadang kedudukan tak tetap. Kejap bawah, kejap tengah, kejap atas. Hihi. Alhamdulillah yang terakhir adalah kelas atas :) Ni antara piala-piala yang aku dapat sepanjang aku menuntut ilmu kat dunia ni dan mudah-mudahan anugerah ni memberi manfaat di dunia dan akhirat kelak. Aamiin InsyaAllah.





Milik Picture Wahidah BME. Sila hormat :)

Budak Civil Melawat Site

Curi-curi follow membe aku g site kat Kepong. Huhu. Dan aku pula mulalah jadi batak, snap picture sana sini. Luas kemain lagi site ni. Projek untuk buat Benteng dan kerja-kerja lain macam Perangkap Sampah gitu. Company aku adalah main contractor dalam projek ni. Projek ni dijangka siap kurang setahun lagi. Berjalan-jalan dengan dorg, Imah, Eqa, Su dan Hashim. Hoho :D





Milik Picture Wahidah BME. Sila hormat :)

Welcome FormSpring !

Salam semua ! Lama benor tak update blog. Hoho. Baru-baru ni ada tengok video kt Youtube site Mentol Pecah, not bad. Huhu. Pastu klik punya klik aku tengok satu video dari dorg ni, dorg jawab soalan dari peminat. Peminat akan tanya soalan tu kat laman sosial yang dinamakan FORMSPRING.

Nampak menarik, aku simpankan hasrat untuk join laman sosial baru bagi aku ni. Akhirnya, hari ni aku join. Yes hihihi. Kalau korang nak memeriahkan lagi laman sosial formspring boleh la sign in kat SINI . Bila dah ada akaun jangan segan-segan add aku di SINI . Boleh tanya soalan banyak-banyak. Ngee. Jom2 :))



07 April 2013

Sebelum dan Selepas Laman Sosial Muncul

Sebelum
- Buat maksiat diam2, paling teruk pun orang sekeliling yg ternampak

Selepas
-Buat maksiat upload kat laman sosial (tak semua) . Bangga ke? Kasihanilah diri sendiri.

Apabila Allah telah menutup keaiban kita, janganlah pula kita yang membukanya. Apabila kita terlanjur melakukan dosa berusahalah pelihara dan sembunyikannya, janganlah diceritakan kepada orang lain. Renungilah sebuah hadis di bawah:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya.

Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justeru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." (Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim).

Sungguh, Allah sentiasa menginginkan kebaikan bagi kita. Allah sentiasa membuka peluang dan ruang bagi kita untuk kembali bertaubat atas dosa yang kita lakukan di sebalik tabir. Namun, kita yang sebenarnya tidak mengambil peluang dan tidak menghargai tutupan-tutupan aib tersebut oleh Allah SWT. Setelah apa yang Allah lindungi daripada sekian banyak keaiban kita, apakah tidak wajar untuk kita bersyukur dan bertaubat? Renung-renungkan dan muhasabahlah diri kita, InsyaAllah.


Credit to Love Love Islam




Pelihara Kalimah Allah SWT di Surat Khabar

Salam Ukhwah Semua

Selalu baca surat khabar tak? Omputih kata news paper
Haa.. Apa kata lepas baca artikel pasal ilmu pengetahuan
Macam hal agama, kesihatan atau lain-lain
Jom kita gunting keratan akhbar tu

Simpan kat dalam fail atau mana-mana tempat yang sesuai
Kalau perasan, kalimah Allah SWT mesti ada kan dalam artikel tentang agama
Why not kita protect kalimah Allah SWT

Selain tu, mungkin keratan artikel tu boleh dikongsi bersama orang lain
Try je letak fail yang terdapat dalamnya keratan-keratan tu kat tempat
yang orang suka duduk, satgi pelawa la depa baca

Kebiasaannya selepas kita habis baca news paper belum tentu
kita akan letakkan news paper tu pada tempat yang sepatutnya
Anda faham kan??? :)

Kadang-kadang kita kena belajar sentiasa alert dengan segala perkara di sekeliling kita.
Kita tidak tahu apa nasib kita kat sana nanti, mungkin amalan yang sebegini dapat menyelamatkan kita di akhirat sana. Dalam erti kata lain, menghapuskan dosa-dosa kecil kita. Kita usaha, Allah tentukan. Wallahu'alam.




Dah lama nak kongsi, hari ni baru berkesempatan alhamdulillah moga bermanfaat InsyaAlllah

- Wahidah BME-


04 April 2013

Macam Budak Sekolah Pula

Apa maksud tajuk post niii.. Haaa.. A'a memang pun, rasa macam terbalik dah. Zaman kerja aku orang hantar & amik aku selalu. Al maklum la baru lagi kerja, harta pun belum dapat nak beli. InsyaAllah akan datang akan ada ahli baru dalam hidup aku. Cik Moto....

Hee. Hopefully kan-kan. Pergi selalu aku tumpang kakak aku. One way, dia kerja kat Petaling Jaya belah nak dekat ngan KL sana. Aku dekat sikit area Subang Airport. Ara Damansara. Balik pula, pun sama salu tumpang kakak.

Kadang-kadang tumpang officemate, huhu. Hari ni abah mai amik. Seronok-seronok. Macam budak sekolah. Terbalik le, masa sekolah dulu salu balik sendiri jalan kaki, yele umah ngan sekolah tak jauh. Hik3. Ni jauh sangat2 le, kalau jalan kaki mahunya separuh hari tak sampai2 agaknya.

 Apa-apa pun setakat ni memang ok ngan kerja, hope ok dan terus ok. Kalau tak ok pun, buat macam biasa. Buat-buat blurrr. Nganganga. Layan jela. Dapat kerja ni pun kira alhamdulillah sangat-sangat. Rezeki kalau dah sampai masa, akan dapat juga. Aku percaya pada Allah SWT :)) Sayang Allah sgt-sgt. Tambah pula Allah bagi sama tempat kerja dengan sahabat sekolah menengah rendah dulu. Dari form 1 hingga form 3 kami rapat, Allah temukan semula. Syukur.


Bersepah Hoi !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN ...... KLIK KLIK YE IKLAN UNTUK INFO