18 November 2013

Welcome ! Benda Baru November 2013





Mouse laptop kite dah ada membe baru. Yeyeh yeyeh yeyeh !
Rasa suka sangat kat benda-benda ni ! Comel ke korg rasa ?
Oh sangat comel pendapat ku ... Sekian ...

17 November 2013

Kek Celup Dengan Air Milo !




Idea adik bongsu, Muhammad Wafiq :)
Memang sodap lah oi. Try try try.
Lemak pun bakal tebal. Selamat mencuba !


Doraemon Kini 3D !


Comelnya ! Hope Malaysia akan cepat-cepat buat subtitle cerita Doraemon 3D dalam Malay.
Biasalah excited sikit sebab membesar dengan siri kartun Doraemon ni. 90-an gituu.





14 November 2013

Miow Yang Rajin Menziarahi Rumah Jiran

Kebiasaannya miow ni akan datang ke rumah tiap-tiap hari. Sama ada tunggu depan pintu rumah atau saja buat-buat lepak area tangga aras rumah kami, buat-buat macam tengah nak tidur gitu. Dengar pintu rumah kami buka, mesti miow ni bangun dan dengan muka tak malu terus masuk rumah kami kah kah kah. Kadang, Abah, Kakak atau Adik-Adik bawa masuk miow ni. Kalau lama tak datang tu maksudnya tengah merajuk. Biasa merajuk sebab Abah kuat sangat gurau dengan miow ni. Hahaha. Contoh percik air kat miow ni, miow ni sangat takut dengan air. Bunyi air menitik pun dah buat muka cuak ! Suka main dengan miow ni. Bagi mam & minum. Masukkan dia dalam kotak. Haa.. Dia suka kotak tau. Hoho. Oh ye, miow ni milik jiran kami. Dorg bela banyak miow.

Antara koleksi picture ^^


Milik Picture Wahidah BME. Sila hormat :)

Yuna Dan Teman Istimewanya Julian Schratter


IBU penyanyi dan komposer terkenal Yuna mengakui yang dia selesa dengan hubungan cinta yang terjalin di antara anak tunggalnya dengan jejaka Mat Salleh, Julian Schratter ketika ini.

Semasa ditemui di majlis pradengar album kedua Yuna berjudul, 'Nocturnal', ibu penyanyi kesayangan ramai itu, Fawzia Anum membayangkan dia seolah-olah merestui hubungan Yuna dan Julian yang kini hangat dilamun cinta.

Ditanya kemungkinan penyanyi yang semakin menempa nama di pentas hiburan antarabangsa itu bakal mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat, jawab Fawzia “biarlah Julian yang make the first move (mengambil langkah pertama).

Beliau mengakui bukannya mudah untuk jejaka bertuah itu disatukan dengan puterinya itu kerana dia perlu terlebih dahulu mendalami dan memeluk agama Islam.

“Mereka berdua masing-masing sibuk dengan kerjaya dan belum berkesempatan untuk memikirkan tentang hal ini secara serius,’’ ujar Fawzia lagi.

Menurutnya, keluarga kedua-dua belah pihak telah bertemu di Amerika Syarikat tidak lama dulu untuk saling kenal mengenali dan hubungan mereka amat mesra.
Apabila diajukan soalan mengenai hari bahagianya, sambil tertawa kecil penyanyi itu lantas mengelak dari berbicara lanjut.

Pada konsert Yuna yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada September lalu Julian hadir bagi memberi sokongan moral kepada kekasihnya itu. Julian yang merupakan jurugambar peribadi Yuna turut menjadi “selebriti” dan menjadi perhatian peminat-peminat Yuna yang hadir untuk menonton bintang kesayangan mereka itu.


George Town Penang - Lelaki Bunuh Diri Terjun Tingkat 24 Pangsapuri


Seorang lelaki pengsan apabila mendapati satu mayat lelaki terlentang di atas bumbung keretanya yang diparkir di Pangsapuri Sri Saujana, Lebuh Macallum di George Town.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6 petang mengatakan terdapat pemandu tersepit dalam kereta jenis Proton Waja itu.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kita dapati ada mayat lelaki di atas bumbung kenderaan yang remuk teruk manakala pemiliknya pengsan di hadapan kereta itu,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, mangsa Liew Kam Ming, 49, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan kaki kanannya hampir putus dipercayai akibat terjatuh daripada tingkat 24 pangsapuri berkenaan.

Kong Meng berkata, mayat lelaki itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Kita sedang mengesan ahli keluarga Kam Ming untuk tampil membantu siasatan dan menuntut mayatnya,” jelasnya.


Cara Jawab Salam Yang Dikirim Melalui Orang Tengah

97% muslim yang aku jumpa bila disebut :
"Wei, Mat kirim salam.." Yang akan dijawab adalah
"Iye ke? WA'ALAIKUMUSSALAM.."

Ok. Nampak macam tiada masalah kan?
Tertanya-tanya kan apa masalahnya kan?
Ya. Memang ada masalah.

Sebenarnya, jelas di dalam Hadis Nabi SAW, Nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen (orang tengah) maka jawapan yang diberi kepada kiriman salam tu bukannya, "wa'alaikumussalam". Sebenarnya begini

" Wa'alaika wa'alaihissalam "

Sebab apa? Mat suruh Abu kirim salam kat Ma'il.
Ma'il jawab " Wa'alaikumussalam "
Sedangkan

" Wa'alaikumussalam " bermaksud " Selamat sejahtera ke atas KAMU "

Jadi salam Mat kepada Ma'il tak terjawab bukan? Kerana Ma'il doakan salam tu kepada ABU SEDANGKAN ABU ADALAH ORANG TENGAH.

Manakala

" Wa'alaika wa'alaihissalam " bermaksud " Dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera "

Maka salamnya terjawab. Indahnya Islam.

Tambahan Ilmu - Hukum memberi salam itu sunat, manakala menjawab salam itu hukumnya adalah wajib. Jadi jika salah jawab, bermakna salam itu MASIH BELUM JAWAB.

Ilmu yang bermanfaat sebar-sebarkan ^^


Edit by Wahidah BME from Page FB SepahTu

13 November 2013

Rokok Itu Haram Dalam Islam - Saling Mengingat Tanda Sayang

Tengok video di bawah, fahamkan, fikirkan dan renungkanlah apa yang mereka sampaikan. Fikirkan sedalam-dalamnya wahai sesiapa umat Islam yang terlibat. Usaha dan doa lah kepada Allah SWT. Tiada yang mustahil dalam dunia ni. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Semoga kita semua hidup dalam keredhoan dan perlindungan Allah SWT. Aamiin InsyaAllah.

Memalukan.. Orang Islam sepatutnya paling kurang hisap rokok KERANA DUIT ROKOK ITU SUMBANGAN KEPADA NEGARA HARAM ISRAEL !

Dr Mohd Asri Zainul Abidin




Tambahan ILMU - http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam

12 November 2013

Kek Bufday 1 November 2013 Masa Tuuuu

Dalam Mimpi :)

Ketinggian Melampau Burj Khalifa Dubai

:D Memang lah melampau, biasalah dah ada kat peringkat akhir zaman ni memang manusia berebut-rebut nak pacak bangunan tinggi-tinggi. Aku tengok picture ni pun gayat. Bagilah aku berjuta-juta duit, memang aku rasa aku takkan naik Menara Burj Khalifa ni. Dah pun dapat official title "Tallest Building in the World" dengan ketinggian 829.8m (2,722 kaki) dan bangunan ni telah dirasmikan pada tarikh 4 Januari 2010. Ce tengok beza bangunan ni dengan bangunan-bangunan tinggi yang ada dalam bumi ni. Jauh beza kan-kan? Menempah maut, tu jela komen aku. Sekian..


Buka Tingkap Nampak Laut Yang Biru

 Apa yang difikirkan memang takkan terjadi kalau yang dimahukan adalah rumah, tapi kalau percutian memang sangat-sangat boleh. Memang suka sangat-sangat tengok kebiruan air laut. Rasa tenang... Rasa macam wah cantiknya ! Subhanallah indah ciptaan ALLAH SWT :')


Nak macam ni. Hahaha. Sangat poyo !

07 November 2013

Bas Mini Masih Wujud

Aku ingat dah lupus dah bas mini. Last naik 2009, pergi keja dengan Haziqah. Huhu. Turun tepi jalan dekat dengan PKNS. Best naik bas ni sebabnya rasa angin dari luar. Jujur ni.. Tapi memang tak best la kalau tak dapat tempat duduk. Kikiki. Turun KTM, aku ternampak bas ni. Apa lagi curi-curi snap la, huhu. Bukan senang nak nampak bas old school ni. Terbaik !



Macam Gula-Gula Kapas

Tengah tunggu adik kesayangan. Pusing belakang, tengok.. Wah ! Cun nya awan petang ni. Menarik Awan ni memang da boom. Subhanallah. Really like !

 Dari Jauh ...
Bila Zoom ...

Hadiah Dari Allah

Hantar sepupu, Shasha p Terminal Bersepadu Selatan TBS. Masa nak naik tangga ada suara yang memanggil nama aku. Wuyoo ! Ejan la.. Mak oi. Aku excited sangat. Sebelum tu memang aku ada ajak membe-membe aku lepak tapi semua bz ada hal masing-masing. Rupa-rupanya Allah nak temukan aku dengan Ejan. Tak sangka aku kali ni Ejan cuti dia balik KL, bila Ejan cte barulah faham dia tengah cuti mid sem. Ada macam-macam hikmah bila jumpa Ejan ni. Aku tak tahu Platform untuk tunggu bas, tanya Ejan dia tau. Hik2. Selalu juga dia turun situ. So setel ! Walaupun sampai TBS last minit jugalah. Rasa lega bila Shasha dah turun ke Platform yang dia kena pergi.

Hari tu memang aku rasa macam nak ucap Alhamdulillah sepanjang masa. Thanks Ya Allah sebab temukan aku dengan sahabat aku ni. Last jumpa 2011 :( Lama sangat tak jumpa. Keadaan tak mengizinkan. Kami lepak kat KFC sembang lama-lama. Then shopping jap kat kedai-kedai dalam TBS tu. Memang awesome tempat tu. For those yang kaki shopping jela kot AWESOME tu. Kikikiki. Sehari tu tak puas jumpa and spent time dengan Ejan. Hope dapat jumpa dia lagi akan datang. Dia sambung blaja kat UTHM bulan 2 masa tu. Moga dia sukses dalam pelajaran. Kita kawan sampai bila-bila dan selamanya Ejan even kita tak selalu jumpa. Always miss and love you. Berat hati nak tinggalkan dia :'(



Awan Mendung





Balik keja, dalam bas, bosan, snap picture, tengok awan gelapnya lah ...

Miow Berdiri Minta Maaf



Omey kan ? ^^

04 November 2013

Awal Muharam 1435

Salam Maal Hijrah / Awal Muharam 1435..

Moga tahun baru ini tahun yang lebih baik dari sebelum ini untuk kita semua dan semoga kita semua peroleh kebaikan, keberkatan dan kebahagiaan dari Allah SWT. Aamiin InsyaAllah..