30 December 2013

E-Day Sahabatku Aina Raihana

Sabtu, 28 Disember 2013 - Malam.. sampai rumah Aina. Ju & Aku dari Shah Alam. Bai dah lama sampai dari semalam. Tolong apa yang patut dan tak patut. Bersembang sampai lebam. Masing-masing rindu moment masa kat skola teknik dulu. Sha ada kan best, tapi Sha ada final exam. Lama tak jumpa dia. InsyaAllah bila salah sorg antara kita kawin nanti kita bermalam lagi sama-sama. 

Ahad, 29 Disember 2013 - Saat yang dinantikan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Bergambar sakan ! Hehehehe. Sampailah jam 4 petang lebih kami nak pulang sudah. Aina nampak sedih. Takpa, nanti jumpa lagi InsyaAllah. Ada rezeki pasti jumpa ! Kami bertiga gerak ke Rawang. Rumah Ju. Sebelum tu singgah Jusco sat. Ju belanja Hot & Roll. Sayang Ju lebih ;)

Lepas tu gerak hantar Ju sampai depan rumah. Alhamdulillah. Pastu, teruskan perjalanan. Bai hantar aku pula. Ke arah Shah Alam. Fuhh susah nak dapat membe sebaik Bai ni. Hehehe. Sebab tu aku sayang dia, jujur cuma ego ada sikit. Sampai depan rumah. Harap perjalanan Bai selamat. Lepas mandi call Bai, alhamdulillah dia dah sampai.

Allah SWT bagi kita 2 hari untuk luangkan masa dan lepaskan rindu masing-masing. Walaupun sekejap, alhamdulillah rindu terubat. Berharap tahun 2014 kita semua akan selalu jumpa lagi. Bai, harap dapat tawaran keja kt Shah Alam ye. Tiap-tiap hari boleh jumpa. Aamiin InsyaAllah. Alhamdulillah Aina sah jadi tunangan orang, moga dipermurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan untuk melangkah ke arah perkahwinan pula. Aamiin Ya Rabb.. Umm rindu & sayang korg salu , juga sahabat SMTKS yang lain.. :)


Kami sahabat dari tahun 2007 dan selamanya
Ju Wahidah Aina Bai 

Gila bergambar.. Wahidah l Bai l Ju

Bai with me. Aku nak sembunyikan kegemukan ~

Aina yang cantek :)


27 December 2013

Hebahan : BR1M 2014 Dibayar Melalui Akaun Bank

Cerita berita khabar yang MENARIK ! Over excited pulak. Yela kan tak payah beratur panjang-panjang, alhamdulillah. Dipermudahkan. Terima kasih ye LHDN atas penukaran sistem pemberian BR1M ni :)

Boleh layari laman web rasmi LHDN di sini LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI untuk baca pengumuman tentang BR1M 2014 serta pendaftaran dilakukan di sini PENDAFTARAN BR1M 2014


Senyum :)


Kisah Benar Saudari Alemy Najwa : Pemergian Suami Tercinta Di Saat Diri Sarat Mengandung

Masa tengah jejalan kat page Fizo Omar terjumpa komen ni


Sedih baca kisah kakak ni, walaupun ringkas ja komen nya tapi ramai yang sedih dan simpati atas apa yang jadi pada diri kakak ni. Pastu try lah buka 54 Replies tu, ada seorang blogger bernama Nasuha yang post entry tentang diari kakak ni. Allahuakhbar ! lagi rasa nak menangis, nak keluar dah airmata tapi tahan. Kita sama-sama muhasabah diri, bahawa mati itu adalah benar dan moga kita sentiasa bersedia juga redho akan ketentuan-NYA InsyaALLAH. Boleh baca entry nya di sini Suara Dari Hati Sayang Untuk Abang




Post yang mengandungi komen beliau di Facebook KLIK SINI

26 December 2013

Jus Anti Nikotin

Nikotin memang membahayakan kesihatan. Walaupun anda bukan seorang perokok, namun asap rokok yang dihidu tetap memberi kesan terhadap kesihatan. Untuk mengurangkan kesan nikotin dalam tubuh, apa kata anda cuba amalkan minum jus ini.

BAHAN
- 400 gram lobak merah
- 300 ml jus perahan limau nipis
- 50 ml jus perahan lemon
- 1 biji mangga masak
- 1 cawan ais

CARA
1. Potong kecil-kecil lobak merah dan mangga.
2. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
3. Kisar hingga hancur sebelum dituang ke dalam gelas. Sedia untuk diminum.




Minta izin kalau nak COPY ^^
Wahidah BME

Hilangkan Jerawat Badan

Bukan hanya pada muka, tetapi pada badan terutama bahagian belakang juga mudah ditumbuhi jerawat atau bintik-bintik halus. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh cuba resepi (amboi cam memasak plak) berikut yang berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan kesan hitam pada kulit.

CARA
1. Sediakan sebiji telur (ambil putihnya sahaja) dan 1/2 biji timun.
2. Pukul putih telur hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam mesin pengisar. Tambahkan dengan timun yang sudah dipotong kecil. Kisar hingga halus.
3. Sapukan adunan tadi pada bahagian jerawat di tubuh badan anda sambil menggosok lembut. Biarkan selama 30 minit sebelum dibilas bersih.




Minta izin kalau nak COPY ^^
Wahidah BME

19 Perpustakaan Tercantik Di Dunia (Photo by Will Pryce)

Description di bahagian atas picture. Hehehe ...

Bibliothèque Sainte-Geneviève, 1850. Paris, France.

 The George Peabody Library, 1878. Baltimore, MD, United States of America.

The Tripitaka Koreana, 1251, Haeinsa Temple, South Korea.

Utrecht University Library, 2004. Utrecht, Netherlands.

Portugal

Abbey of St Gall Library, 1763. St Gallen, Switzerland.

Admont Abbey Library, 1776. Admont, Austria.

Altenburg Abbey Library, 1742. Altenburg, Austria.

Mafra Palace Library, 1771. Mafra, Portugal.

The National Library of China, 2008. Beijing, China.

The Codrington Library, 1751 All Souls College. Oxford, United Kingdom.

Biblioteca Marciana, 1564. Venice, Italy.

Phillips Exeter Academy Library, 1971. Exeter, NH, United States of America.



Biblioteca Malatestiana, 1452. Cesena, Italy.

Communications and Media Centre, BTU Cottbus, 2004. Cottbus, Germany.

The Russian State Library, 1945. Moscow, Russia.

Shoin, Reizei House, 17th century (rebuilt 1789) Kyoto, Japan.

Present by :)


Oh ini semua dunia ! Canteknya ^^


25 December 2013

BOB Seekor Kucing Jalanan Yang Telah Mengubah Hidup Seseorang

Cerita benar tentang kucing yang bernama Bob. Kucing jalanan ni dijumpai di tepi jalan oleh seorang lelaki yang bernama James Bowen. Lelaki ini seorang busker iaitu pemain gitar jalanan. Mula-mula dia taknak kucing ni. Tapi kucing ni asyik ikut dia. Selepas bagi si miow ni makan, James Bowen ni nak pergi main gita dan Bob ni duk ikut ja dia. Siap miow ni naik bas ikut lelaki ni balik rumah.

Akhirnya lelaki ni bawa selalu miow bernama Bob ni pergi keja. Lastly, they learn to love each other. Miow ni buat James Bowen ni berhenti ambil dadah dan setiap hari dia akan cari duit lebih sebab nak jaga miow ni. Sampailah ramai orang nampak lelaki ni dan miow ni tepi jalan dan suka sangat kat Bob. Jadi duit derma pun dapat banyak dari orang yang lalu lalang.

Akhirnya ada orang offer nak buat buku tentang kehidupan dan kisah dua makhluk ni. Tu la terhasilnya buku 'A Street Cat Named Bob'. Ni antara picture yang dikorek dari GOOGLE. Indah ciptaan Allah :)

Buku yang dimaksudkan 

Alo tomeynya BOB ni. Bertuah laki ni ...

Bob ni suka duduk atas bahu tuannya. Hehe.

Ada baju sendiri. Cute ! :)


Ada short dokumentari jumpa kat YOUTUBE. Lagi puas tengok video kan. 


Pencinta Kucing Selamanya - Wahidah BME

Wajah Sebenar Rey Mysterio Jeng3

Dah bertahun hari ni baru tahu wajah sebenar Rey Mysterio
Muka baik oo. Hehehe. So cute gitu.



24 December 2013

BADAN : Lembutkan Kulit Dengan Yogurt

Anda inginkan kulit yang lembut dan bersinar? Apa kata anda cuba dapatkannya dengan menggunakan yogurt dan campuran bahan semula jadi yang lain.

BAHAN-BAHAN
- 1/2 Cawan yogurt asli
- 3 Sudu madu
- 3 Sudu labu kisar
- 3 Sudu lobak merah kisar




CARA
1. Labu dan lobak merah direbus dahulu hingga lembut. Kemudian barulah dikisar halus.
2. Campurkan dengan yogurt dan madu. Kacau sebati semuanya.
3. Mandi terlebih dahulu. Kemudian, sapukan bancuhan yogurt tadi ke serata tubuh sambil menggosok perlahan. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas bersih.
4. Selepas mandi, sapukan sedikit pelembap pada tubuh untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit.


Minta izin kalau nak COPY ^^
Wahidah BME

Perubahan Kutub Bumi Menurut Hadis Dan Sains (Tazkirah Jumaat 17 Safar 1435H)

Nak kongsi ni. Baca slow-slow. Keep calm...






Ambil dari SINI

Sekilas Lalu Perkahwinan Kakak (Majlis di Shah Alam)

Ni la tiba waktunya. Masa yang memerlukan tenaga ! :)


Dari jauh ku tibai snap..
Masa ni : Kena jaga goodies & sambut tetamu walaupun ada MAK ABAH

Nampak tak aku bz sangat, tiba-tiba skip ke gambar budak ni.
Masa ni jam kul 3 lebih macam tu, lepas dapat makan. Aku lari ke pelamin, bergambar !
Kakak & Abg Is dah p Putrajaya buat outdoor punya maa.
Anak tetamu yang mai, comel adik ni ! ^^

Anak MAK tuu hek3


 Paksa adik-adik posing. Geram tengok pelamin ni cantek !
Dan adik-adik pun suka bergambar. Terbaik :)

Hal urusan membungkus makanan. Huhu

Ada lagi.. Last ;)


Wahidah BME