04 December 2014

Botol Plastik Dikitar Semula Yang Berguna












Win ! Hehehe ^^

Ni kalau aku ada rumah sendiri memang laju-laju buat aktiviti camni. So kreatif ! Dalam masa yang sama tak payah risau pasal camna nak hapuskan botol plastik. Ternyata tiap benda dalam dunia ni ada kelebihan juga di sebalik kekurangannya. 

16 November 2014

Ambil Pengajaran - Pengakuan Suami Curang

Jatuh cinta sebab rupa yang cantik, kecantikan tak kekal selamanya
Jatuh cinta lah sebab peribadinya, akhlak dan iman nya

Dalam perhubungan, sentiasalah berterus terang, bukan simpan untuk jaga hati. Si suami boleh paksa si isteri jaga kecantikan, takda masalah kan. Kalau dah kahwin jagalah pergaulan, si suami jaga pergaulan dengan wanita lain, si isteri jaga pergaulan dengan lelaki lain. Syaitan sentiasa usaha untuk sesatkan hidup manusia, andai iman tipis hancur segalanya. Jadi penting elak sebelum terlambat. Ambil pengajaran dari kisah ni, baik si lelaki mahupun wanita sebagai suami isteri. Moga rumah tangga yang dibina ikhlas kerana Allah, bukan kerana nafsu semata-mata. 

Untuk bacaan selanjutnya boleh singgah ke laman web Sinar Harian Pengakuan Suami Curang




11 September 2014

Tips Sebelum Membeli Handphone Lenovo

Pergi kedai, minta handphone yang kita nak beli tu dan minta jurujualnya charge handphone dalam keadaan off. Pastikan handphone yang anda ingin beli tu tidak berkeadaan seperti di dalam gambar. Keadaan imej bateri yang tidak sempurna dan keluar tulisan cina.




Tips kedua, buka handphone yang ingin dibeli itu. Dail *#06* dan lihat imej handphone tersebut ada berapa. Jika terdapat dua imei, jangan beli handphone tersebut kerana warranty handphone berkenaan tidak didaftarkan di website rasmi Lenovo sebagai warranty.

Dan jika terdapat satu sahaja imei, anda boleh menyemak warranty handphone tersebut di website rasmi Lenovo.


-COPY-
-PASTE-
-EDITED-



07 September 2014

Di Alam Mahsyar

Kata Ustaz, Mahsyar ni punyalah lama sampai kita hari ini pun tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di Alam Mahsyar. Para sahabat Rasulullah SAW tanya Mahsyar kat mana? Jawab Rasulullah SAW, Mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan. Tiada pokok, tiada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian.

Ini terjadi apabila Malaikat Israfil tiup sangka kala pada pertama kali. Kali kedua Malaikat Israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing-masing dalam keadaan yang sungguh terpinga-pinga. Lalu manusia bertanya sesama sendiri, di mana kita?

Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman Nabi Adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke Mahsyar. Rujuk Surah Yaasin Ayat 52-54.

Ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu. Saidatina Aisyah RA pernah bertanya Rasulullah SAW, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita. Lalu dijawab Nabi SAW dengan memetik Ayat Quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri. Rujuk Surah A'basa Ayat 37 (80:37).

Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. Bila sampai di Mahsyar, perbicaraan tak akan dijalankan lagi. Kena tunggu entah berapa lama, lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada Nabi Adam AS hanya untuk meminta syafa'at untuk Allah percepatkan hisab. Jawab Nabi Adam dia tak boleh bagi syafa'at kerana dia pernah melakukan dosa.

Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh Rasul Ulul Azmi, bermula Nabi Nuh, Musa, Isa, dan Ibrahim tetapi mereka semua hanya berdoa keselamatan diri masing-masing. Lalu pergi semua manusia kepada Nabi Muhammad SAW, lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan,ada orang dah minta kat Allah awal-awal agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kita sahaja, dek padatnya manusia pada hari tu.

Sebelum hisab bermula, kitab-kitab amalan kita akan turun dari Arash. Masa itu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. Sekalipun tangan kanan kita yang ambil kitab kita, ia masih tak menjamin kite ke syurga. Kemudian Allah SWT panggil sorang-sorang untuk dihisab.

Sebelum Allah SWT mula hisab, Allah SWT suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia. Tiada satu pun yang tertinggal, selepas habis baca Allah SWT akan tanya kita 3 soalan.

1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh Malaikat Raqib dan Atid.
2) Tak ingat.
3) Apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.

Setelah ditimbang di Al-Mizan, didapati pahala kita melebihi dosa kita. Seolah-olah sikit lagi kita ke Syurga, tetapi akan ada 'final check' Allah SWT akan buat. Allah SWT akan tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil ke depan untuk menuntut hak mereka.

Antara yang mula-mula bangun adalah anak, isteri, keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan dan lain-lain. Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi kat mereka. Jika pahala sudah habis, dosa mereka pula kita akan tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak-anak dan isteri).

Kita yang perempuan jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak memberi kesan pada diri kita seorang sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada orang-orang yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik-adik lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungilah mereka, janganlah kita pula yang menjadi penarik mereka ke neraka. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.

Hari Mahsyar hari yang sangat dahsyat. Kata Ustaz, hidup di dunia janganlah kite kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti. Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita yang akan membantu kita di sana.

Yakinkah kita bahawa kita tergolong dalam golongan mereka yang dipilih oleh Allah SWT ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang. Bukan juga boleh masuk syurga senang-senang dengan cara menjadi baik seorang diri. Jadi jom sama-sama bantu diri, keluarga, saudara-mara, kenalan dan orang lain berusaha melangkah ke arah syurga Allah SWT.




Moga Allah SWT tolong kita di hari pembalasan nanti. Aamiin..

Terdapat dua jenis manusia
1. Bila dia baca dan lihat ilmu ini dia abaikan.
2. Bila dia baca sesuatu yg bermanfaat dia sebarkan.


-COPY-
-PASTE-
-EDITED-

27 August 2014

Keindahan Bumi Palestin



Bumi yang penuh dengan keberkatan
Dipenuhi dengan cahaya keimanan para syuhada'
Keindahan nya menggambarkan perjuangan rakyatnya
Selamat berjuang saudara seislamku :')


23 July 2014

Seorang Pendakwah (Bekas Peninju) Menjawab Soalan Kaitan Antara Keganasan Dan Islam

Salah seorang wartawan bertanya kepada pendakwah terkemuka German iaitu Pierre Vogel atau nama islam nya Abu Hamza tentang kaitan antara keganasan dan Islam, beliau dengan lantang dan berani menjawab :

" Siapa yang mencetuskan Perang Dunia Pertama ? Adakah orang Islam?

Siapa yang mencetuskan Perang Dunia kedua? Adakah orang Islam ?

Siapa pula yang telah membunuh 20 juta nyawa suku kaum Aborigine Australia?! Adakah orang Islam ?

Siapakah yang menghantar bom untuk menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki ? Adakah
orang Islam ?.

Siapa pula yang membunuh lebih 100 juta orang Indian Amerika Utara ? adakah orang Islam ?

Dan siapa yang membunuh 50 juta orang Indian di Selatan Amerika ? Adakah orang Islam ?

Siapa pula yang menjadikan seramai 180 juta orang-orang Afrika sebagai hamba dan 88% dari hamba-hamba itu mati di buang di lautan Atlantik !! adakah orang islam yang melakukan nya ??

TIDAK ADA DI ANTARA KALANGAN PELAKU-PELAKU ITU ADALAH ORANG-ORANG ISLAM !!

Sebelum itu, hendaklah anda ketahui maksud ''terrorisme'' dengan baik. Kalau non muslim lakukan apa-apa kesalahan seperti di atas mereka akan di sebut sebagai penjenayah, tetapi jika orang muslim yang melakukan kesalahan seumpama nya, di sifatkan sebagai pengamal terrorisme, pengganas, pemberontak ! Oleh itu anda hendaklah membuat dua kali timbangan, anda akan tahu dan mengerti siapakah yang sebenarnya PENGGANAS atau TERRORIST !''   - Pierre Vogel -


SEDIKIT INFO MENGENAI PIERRE VOGEL

Pierre Vogel di lahirkan pada 20 Julai 1978 di Frechen. Merupakan seorang ustaz, penceramah bebas, pendakwah dan merupakan bekas peninju professional. Pierre Vogel yang lantang bersuara ini memeluk Islam pada tahun 2001 dan menukar nama nya kepada Abu Hamza dan setelah memeluk Islam, beliau mempelajari agama islam, ilmu Al Quran dan kemahiran bertutur bahasa Arab di sebuah Intitusi Pengajian Islam Swasta terkemuka di Mekah iaitu di Om Al Quran.

Sekembali nya beliau ke Berlin, Jerman pada tahun 2006, beliau mengajar dan menjadi seorang guru agama di Masjid Al-Nur-Moschee (Mosque) Neukölln, di jemput berceramah di kuliah-kuliah Universiti bahkan berdakwah kepada penganut agama lain juga.

Afr Pierre Vogel berkahwin dengan seorang wanita dari Maghribi dan memiliki tiga orang cahaya mata. Sepanjang perjalanan beliau berdakwah, terlalu banyak kecaman, ancaman, fitnah, kritikan yang keterlaluan, sabotaj dan pelbagai hinaan di terima oleh beliau kerana kelantangan bersuara membela umat Islam dan Islam dan juga kerana dakwah beliau, namun Pierre Vogel masih bergerak aktif berdakwah dan tidak pernah berputus asa.


Pierre Vogel bersama rakan-rakan bekas peninju profesional



Pesan Berpesan Sesama Kita
Silakan Share & Sebarkan 
Semoge Ianya Membawa Manfaat

SUMBER - Page Facebook Ce Habaq


13 July 2014

Perkara Yang Membawa Kepada Kehancuran Israel

Pengakuan Tentera Israel : "Israel Hancur Jika Jemaah Solat Subuh Sebanyak Solat Jumaat"

Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman da'wahnya ketika pergi da'wah di negeri Jordania. Ketika di Jordania Beliau pergi ke daerah perbatasan Jordania-Israel. Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongannya Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh di salah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat ke arah dalam Masjid. Setelah melihat sebentar lalu tentara Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentara Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan.

"Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di Masjid," kata tentara Israel itu. Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil keheranan bertanya "Kenapa?" Dia pun menjawab "Di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis "Jika di seluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumat, maka saat itu Israel akan hancur." tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, karena umat Islam pasti tidak bisa kalahkan kami." Mendengar pembicaraan ini Syaikh Maulana Tariq Jamil sangat keheranan.

Seperti mana sudah ketahui bahawa solat subuh adalah solat yang paling sulit ditunaikan, kerana subuh adalah saat masih gelap, dingin dan saat orang sedang tidur. Jika mana solat subuh bisa ditunaikan maka solat lainnya pastilah akan mudah ditunaikan.

Sebagian besar umat Islam tidak mengetahui pengakuan tentara Israel ini, bahwasanya Israel akan hancur jika jemaah solat subuhnya umat Islam yang hadir sebanyak solat Jumaat.

Orang Yahudi selalu berusaha dengan berbagai cara supaya umat Islam bisa meninggalkan Solat 5 waktunya. Kerana orang Yahudi faham jika mana Orang Islam meninggalkan solat fardhunya maka ALLAH SWT pasti tidak akan menolong umat Islam. Sehingga semua usaha umat Islam untuk membela Palestin selalu mengalami kegagalan.




Kali ke berapa kali entah baca tentang artikel ni, sentap
Bila entah agaknya, semua terpulang pada diri kita sendiri
Ayuh ! Bangkitlah ! Sedarlah ! Berubahlah !
Terutama Kaum Adam yang sangat digalakkan pergi solat berjema'ah 
Jika kita tak mampu angkat senjata ikut berjihad di sana
Cukuplah sedaya upaya berusaha lakukan perkara ini

ALLAHU RABBI lemahnya diri kami :'(


09 July 2014

Siapa Wanita Cantik?

Wanita cantik ialah :

1.  Melukis kekuatan melalui masalah
2.  Tersenyum saat tertekan
3.  Tertawa saat hati sedang menangis
4.  Tabah di saat terhina
5.  Mempersona kerana memaafkan
6.  Mengasihi tanpa balasan
7.  Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah…
Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU




1)  MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

Seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya. InsyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)  TERSENYUM SAAT TERTEKAN

Percaya atau tidak, kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar. Kenapa? Kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)  TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya. Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)  TABAH DI SAAT TERHINA

Setiap yang baik itu sentiasa diuji oleh-NYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tetapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang. Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)  MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu. Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. SubhanAllah.

6)  MENGASIHI TANPA BALASAN

Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk mereka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA, dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)  BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang. Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Khas untuk dirimu
Dirimu yang sedap mataku memandang
Cantik itu subjektif !


-COPY-

04 July 2014

Ada 3 Hal Yang Manusia Perlu Ketahui

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian


Ya اللّه , insan yang membaca ini adalah insan yang soleh dan solehah, kuat, sabar, pengasih dan penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya.



01 July 2014

Pesanan Untuk Orang Yang Cantik

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.

Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.

Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.

Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.

Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.

Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasulullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.
Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah.

Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.

Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!




11 June 2014

Membimbangkan Statistik Kes Rogol



Baik lelaki mahupun wanita
Sama-sama usaha pelihara iman

Si lelaki peliharalah pandangan
Si wanita peliharalah aurat
Lakukan perintah-Nya
Tinggalkan larangan-Nya
InshaAllah segalanya akan terpelihara


08 June 2014

Al Kisah Wanita VS Isteri



Ringkasan CERITA

Mula-mula si rambut kuning menghina si rambut merah sebab dia tak jaga penampilan diri dan tak terurus. Rambut kuning goda suami si rambut merah hingga si suami tinggalkan dia. Si rambut kuning berkahwin dengan lelaki tu. Selepas hidup berumahtangga, baru dia tahu macam mana rasa hidup ada anak dan nak uruskan rumahtangga. Satu hari bila dia keluar jalan-jalan dengan suami dan anaknya. Dia jumpa si rambut merah yang kini lebih cantik dari dia dan menjaga penampilan.

Moral of story. Jangan menghina seseorang kerana kita tak tahu bagaimana diri kita di masa akan datang nanti. Si suami kalau betul-betul ikhlas. usaha. bantu dan bagi sokongan pada si isteri supaya jaga penampilan, bukan cari yang lain. Kecantikan bukanlah kekal selamanya. Si isteri jangan lupa jaga penampilan itu juga tuntutan dalam berumahtangga :)


05 June 2014

8 Surah Yang Boleh Menghapuskan Sel Barah Kanser

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.


Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.


Tips Menjaga Kesihatan Buah Pinggang

--- Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

--- Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

--- Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

--- Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

--- Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.




Mencegah adalah lebih baik dari merawat..

02 June 2014

Antara Kelebihan Halia

Halia memang tidak asing kepada kita semua, banyak masakan dan hidangan yang menggunakan halia. Tapi tahukah anda,halia juga banyak khasiat untuk kesihatan kita?


1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. 

( Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan)

2. Pencegahan Demam dan Selesema. 

( Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari )

3. Mencegah Barah Usus. 

(Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ Usus)

4. Melegakan Batuk dan Kahak. 

(Jika anda batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas)

5. Rawatan Kanser ovari. 

( Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari)

6. Menguatkan imuniti. 

( Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit setiap hari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.)


26 May 2014

Menyingkap Kembali Peristiwa Israk Dan Mikraj

Assalamu'alaikum

Hampir kita lupa sendiri tarikh penting ini. Alhamdulillah diberi kesempatan sekali lagi untuk mengembalikan kembali ingatan tentang peristiwa penting dalam sejarah Islam serta mengambil pengajaran dari peristiwa ini. Malam ini dengan izin Allah SWT, ingin kongsi kepada pembaca bersama-sama. Malam ini 27 Rejab 1435H, terasa angin sejuk mendamaikan bagaikan seluruh alam turut menghormati tarikh yang penuh makna ini. Semoga bermanfaat. InshaAllah.



Oleh : Ahmad Sanusi Husain


Marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT,

Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’, ayat:1

Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menunggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.

Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.

Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa AS dan Nabi Yahya AS.

3. Langit Ketiga: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

4. Langit Keempat: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS.

5. Langit Kelima: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah AS yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘la haula wa la quwwata illa billah’” Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: ‘suhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" pada dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.

Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik pennjaganya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepala baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT. Kemudian, Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu kepada Rasulullah SAW dan umat Islam.

Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS dan kemudian menemui Nabi Musa AS lalu menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Setelah daripada itu, Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula dan seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al- Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan setiap kali 27 Rejab menjelang tiba. Apa yang lebih penting adalah kita hendaklah menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara sebaliknya. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan-Nya.

Sekiranya kita dapat menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa penting ini, kebarangkalian besar kita mampu mengelakkan diri kita daripada melakukan kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT dan berlumba-lumba untuk melakukan perkara-perkara kebaikan yang diperintah oleh Allah SWT. Peristiwa Israk Mikraj juga, untuk menguji umat Islam bahawa adakah percaya atau tidak akan peristiwa tersebut.

Orang kafir quraisy Makkah di zaman Nabi Muhammad SAW langsung tidak mempercayai peristiwa itu, malahan memperolok-olokkan baginda sesetelahnya bercerita kepada mereka dan ramai di kalangan umat Islam ketika itu murtad kerana tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj baginda SAW dalam tempoh masa yang singkat berlakunya dan tidak masuk akal. Tinggallah segelintir umat Islam yang keimanan mereka tinggi dan teguh yang membenarkan serta mempercayai peristiwa yang dialami oleh baginda SAW.

Pensyariatan kefardhuan solat lima waktu sehari semalam merupakan pensyariatan secara langsung daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW berbanding pensyariatan Islam yang lain dengan perantaraan Malaikat Jirail AS dan sebagainya.


SUMBER
TAMBAHAN ILMU

25 May 2014

Baby CUTE & KACAK Detected !

video

Sila TONTON dengan senang hati ^^


Sebenarnya dari minggu lepas tonton video budak cute + hensem ni, bersepah kat page FB yang popular. Macam biasalah bila dah teruja, dok ulang-ulang lah tayang video ni. Pastu bermulalah misi search di google, macam-macam idea kata kunci keluar. Tak jumpa-jumpa juga. Kecewa dalam diam.

Sampailah hari ni, tengah leka tengok video lain pastu klik previous, sekali terjumpa lagi sekali video budak cute ni. Ada sorang hamba Allah gtau nama budak ni Alexandre. Wow! Huhu. Nama memang sesuai dengan rupanya yang kacak lagi comel tu. Apa lagi laju-laju search kat google 'Alexandre cute baby'.

Pap ! Keluarlah beberapa picture budak ni, tapi still tak dapat detect lebih mendalam. Macam FBI dah. Apa boleh buat, dah suka punya pasal. Klik satu picture ni, sekali jumpa satu website yang ada juga cerita pasal budak ni tapi version english.



Dah agak budak cute ni mix. Hehehe. Ibunya asal dari Taiwan dan ayahnya asal dari Perancis. Terhasil lah baby secomel dan sekacak tu. Ibunya rajin sangat update picture dan video si kecil ni. Sampailah dia dah besar sikit sekarang, dah ada adik kecil, baby girl.

Boleh dikatakan Alexandre ni dan anak Tomok, lupa namanya Aryan kot, lebih kuranglah kecomelan dorg ni. Buat rasa diri ni teruja sangatlah. Hahahaha. Bunyi agak poyo. Tapi tu la hakikatnya, ciptaan Allah terbaik. Jadikan kita sebaik-baik kejadian.

Jadi sesiapa yang berminat nak tatap picture atau tengok video budak cute ni berulang kali. Tak kisahlah cara macam mana sekalipun. Ikut ke'kreatif 'an diri masing-masing. Jom jom. Hehehe. Bolehlah singgah kat


Official FB - 亞歷山大Alexandre
Official Youtube - 王小君



Wahidah BME

24 May 2014

Pemuda Tinggal Di Kuburan Selama 17 Tahun



Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.

Pernahkah Anda mengetahui kisah ini ?

Kisah seorang pemuda yang hidup selama 17 tahun dalam kuburan?
Anda mungkin mengira bahwa ia tinggal di daerah dekat kuburan.
Tidak! Dia tidak tinggal di daerah dekat kuburan, tapi ia tinggal di dalam kuburan itu sendiri.

Bagaimana kisahnya?

Anda mungkin tidak akan mempercayai kisah ini, karena pemuda ini lahir dari keluarga berada.
Ayah dan Ibunya orang yang terpandang dan memiliki kekayaan yang berlimpah.
Dalam pandangan masyarakat sekitar, kedua orang tua ini adalah orang tua yang sempurna,
namun orang hanya bisa menilai apa yang tampak.

Orang-orang tidak tahu bahwa kedua orang tua terpandang inilah yang memasukkan anaknya ke dalam kuburan, dan menjalani hidup selama 17 tahun di dalam kuburan!

Setiap hari, sang anak makan, minum dan tidur di dalam kuburan, yang penuh kegelapan.
Sang Anak juga hanya bisa menjalani apa yang diberikan kedua orang tuanya, tanpa perlawanan.
Menjelang ulang tahun pemuda itu yang ke-17, orang tuanya berjanji akan mengabulkan apa pun permintaan si pemuda sebagai hadiah ulang tahunnya.

Sang pemuda berpikir, inilah saatnya dia akan mengajukan permintaannya, ia tidak ingin lagi tinggal di kuburan, tapi apakah orang tuanya benar-benar akan mengabulkan permintaannya?

Hari itu pun tiba. Sang pemuda berulang tahun yang ke-17.
Kedua orang tuanya datang menghampiri dan menanyakan hadiah apa yang ia inginkan.
Sang pemuda menjawab, “Ayah, Ibu… saya tidak meminta banyak, saya hanya minta satu hal.”
“Apa, Nak? katakanlah, Ayah dan Ibu pasti akan mengabulkan permintaanmu”

“Ayah dan Ibu berjanji?”
“Tentu, Nak. Ayah dan Ibu berjanji akan memenuhi permintaanmu, selama kami mampu.”
“Ayah… Ibu… saya tidak ingin tinggal lagi di kuburan”
“Apa? Apa maksud permintaanmu itu, Nak?”
“Ayah sudah berjanji akan mengabulkan permintaanku,
dan hanya itu permohonanku, Yah.”
“Iya, Nak. Ayah sudah berjanji… tapi… tapi… Ayah tidak mengerti, Nak.”
“Ayah, sudah 17 tahun saya tinggal di sini, tapi tidak seharipun saya mendengar Ayah atau Ibu membaca Al-Quran. Sedangkan Rasulullah pernah mengatakan bahwa rumah yang tidak pernah dibacakan Al-Quran di dalamnya adalah seperti kuburan. Saya tidak ingin tinggal lagi di kuburan, Yah.”

”Ayah dan Ibu sang pemuda terdiam.
“Ayah dan Ibu bahkan tidak pernah mengajariku bagaimana membaca Al-Quran.
Memang rumah ini mewah, besar dan orang-orang melihatnya sebagai istana.
Tapi mereka tidak tahu, bahwa di mata Rasulullah, rumah ini seperti kuburan.
Jika Ayah dan Ibu mau menepati janji mengabulkan permintaanku, tolong Yah..
Aku tidak ingin lagi tinggal di kuburan.

Ajarilah aku membaca Al-Quran, agar rumah ini bercahaya dengan cahaya Al-Quran.
”Renungan Di manakah kalian selama ini makan, minum, tidur dan menetap? di rumahkah? di kos kah? di kontrakan kah? atau kah di kuburan?
karena Rasulullah mengibaratkan rumah yang tidak pernah dibacakan Al-Quran di dalamnya, seperti kuburan..

Jadi, di manakah sebenarnya kalian tinggal saat ini?
Jika menurut kalian, artikel ini bermanfaat.
Silakan di-share untuk teman Anda,
sahabat Anda, keluarga Anda, atau bahkan orang yang tidak Anda kenal sekalipun.
Jika mereka tergerak hatinya untuk menghidupkan Al-Quran di tempat tinggalnya setelah membaca artikel yang Anda share, maka semoga Anda juga mendapatkan balasan pahala yang berlimpah dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Aamiin

Ada 2 pilihan untuk Anda:

1. Biarkan di dalam catatan ini atau pikiran anda tanpa bermanfaat untuk orang lain.

2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.


Note : GAMBAR SEKADAR ILUSTRASI


22 May 2014

Kalau Tak Suka, Pulangkan !

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-

“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak? “
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..”
“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.
“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————-

“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”
“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

———————————————————————————-

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
“Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

———————————————————————————–

“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”
Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
“Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.
“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
“Laila”

—————————————————————————————————-

“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
“Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”
“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk
“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah. Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..


“Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila. Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya. Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….

08 May 2014

Elak Kehilangan IC & Kad Penting Menggunakan Card Protector

Bismillah
Assalamu'alaikum 

CARD PROTECTOR


Card Protector ni ada dijual banyak di Kedai Buku, harga pun tak mahal pun RM1 dan ke atas sahaja. Boleh letak IC, Kad Bank, Lesen atau selit-selit duit yang nilai besar-besar pun boleh. Lepas tu kalau nak keluar ke mana-mana bolehlah selit Card Protector ni kad dalam kocek seluar, baju kurung, jubah atau mana-mana pakaian yang ada kocek. Make sure kocek tak bocor. 

Dunia sekarang kan bahaya, kes ragut, curi, rompak dan seumpanya kerap kita dengar. Jadi seandainya kita dah usaha sebesar mana pun untuk elak kejadian ni berlaku, tetapi berlaku juga sekurang-kurangnya kita dah boleh elak IC, KAD atau LESEN milik kita yang penting ni dari ada kat tangan si penjahat. Tak payah susah-susah kita pergi JPN, BANK atau JPJ untuk buat yang baru untuk diganti baru. 

Idea ni timbul sejak lepas SPM lagi. Masa tu kan kerja dah kena pegang Kad Bank sendiri, naik moto pula pergi kerja, memang lah bahaya. Paling rare masa tu dengar dua orang kenalan kena ragut dekat kawasan tempat kerja al-maklum la shopping complex kan. Lagi bertambah cuak masa tu ada berita seorang wanita kena ragut masa dalam perjalanan balik ke atau pergi tempat kerja tak sure, wanita tu sanggup berlawan dengan si peragut tu sampai wanita tu ikut laluan bertentangan dengan jalan yang dia lalu, kemalangan teruklah jawabnya. 

Tahun 2011, pernah sekali HANDBAG kena curi dalam surau Terminal Kuantan. Tapi si pencuri sangat malang sebab dalam tu tak banyak pun barang bernilai. Semua yang penting dah disorok dalam kocek seluar. Cuma agak terkilan HANDBAG tu baru den beli, ekau dah main curi-curi. Dalam tu ada barang kesayangan ja, tapi tak apalah bukan rezeki.

Harap membantu ya. InsyaAllah, kita usaha dan terus usaha, selebihnya Allah tentukan. Kalau nak diikutkan ayat kat kepala ni panjang lagi nak dicerita kat sini. Tetapi disebabkan nak kekalkan ringkasan dalam post, den terpaksa kawal diri dari menaip panjang lebar hehehe. Sekian ^^


Wahidah BME

06 May 2014

Al-Fatihah - Seniman Datuk Aziz Satar Meninggal Dunia

Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi. Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.

"Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung. Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya. Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini.

Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an.




EDITED