19 January 2014

Hebahan : PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA & POLITEKNIK PREMIER SESI AKADEMIK 2014 / 2015 DAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK KONVENSIONAL / METro. KOLEJ KOMUNITI, & INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM BAGI AMBILAN TAHUN 2014

HEBAHAN DARIPADA : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

JABATAN PENGAJIAN TINGGI

Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa permohonan pengajian secara sepenuh masa bagi calon lepasan SPM / Setaraf ke program Sijil, Diploma, dan Asasi serta calon lepasan STPM / STAM / Asasi / Matrikulasi / Diploma / Setaraf ke program Ijazah Sarjana Muda.


CARA MEMOHON
1. Permohonan bagi calon lepasan SPM / Setaraf terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja. Bagi permohonan calon lepasan STPM / STAM / Asasi / Matrikulasi / Diploma / Setaraf terbuka kepada warganegara Malaysia dan Penduduk tetap sahaja.
2. Permohonan dibuka mulai 20 Januari 2014 jam 12.00 tengah hari sehingga 7 April 2014 jam 12.00 tengah malam melalui applikasi Atas Talian sahaja.
3. Permohonan ke USM dikemukakan terus melalui laman web www.usm.my.
4. Borang permohonan boleh diakses dengan menggunakan Nombor Unik ID yang boleh dibeli di semua cawangan Bank Simpanan Nasional.
5. Maklumat tepat, lengkap dan terkini berkaitan permohonan, sila layari Laman Web Rasmi kemasukan



TEMPOH PERMOHONAN
20 Januari 2014 hingga 7 April 2014


PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan, sila hubungi alamat dan talian seperti berikut :

Pengarah
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62200 Putrajaya

No. Tel     : 03-8870 6755 / 6766
No. Faks  : 03-8870 6864
E-mel       : upu@mohe.gov.my


METRO 19 Januari 2014


Wahidah BME

13 January 2014

Bila Terkena Air Panas

Kulit melecur terkena air panas? Keadaan ini juga boleh meninggalkan kesan pada kulit seperti kemerahan dan terbakar. Ada cara mudah yang boleh anda gunakan untuk merawat keadaan ini. Sapukan lendir daun lidah buaya pada bahagian yang terkena air panas. Kandungan dalam lidah buaya bukan saja menyejukkan malah membantu mengurangkan kesan kerosakan pada kulit akibat simbahan air panas itu. Anda boleh juga gunakan krim atau gel lidah buaya tetapi lebih bagus jika menggunakan lendir daun yang masih segar kerana tiada kandungan bahan pengawet.




Minta izin kalau nak COPY ^^
Wahidah BME

11 January 2014

Turunkan Panas Badan

Tahukah anda, daun bunga raya boleh digunakan untuk menurunkan suhu tubuh terutama sewaktu demam panas. Caranya juga mudah. Sediakan beberapa helai daun bunga raya. Ramas dengan sedikit air hingga hancur dan berlendir. Sapukan ia pada kepala dan seluruh tubuh. Biarkan kering dan ulangi hingga panas tubuh turun.





Minta izin kalau nak COPY ^^
Wahidah BME

Ingin Kaki Yang Cantik Dan Lembut?

Sudah tentu anda mahu kaki anda kelihatan cantik dan kulitnya berseri agar penampilan anda lebih bergaya. Berikut cara yang boleh anda lakukan untuk menjaga kecantikan kulit kaki anda.

BAHAN
- 1 Cawan air perahan lemon
- 2 Tangkai kayu manis
- 4 Sudu minyak zaitun
- 3 Cawan susu
- Air suam secukupnya

CARA
1. Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam baldi.
2. Rendamkan kaki anda ke dalam baldi dan biarkan selama 15 minit.
3. Bilas kaki anda dengan air biasa.
4. Sapukan sedikit losyen atau pelembap.
5. Amalkan selalu untuk mendapatkan kulit kaki yang cantik dan lembut.




Minta izin kalau nak COPY ^^
Wahidah BME

09 January 2014

Kesedaran Tentang Kanser (Perhatian ! Wanita & Lelaki)

Perkongsian satu mesej perkhidmatan awam dari sebuah Hospital Kanser

  • 56 wanita meninggal dunia kerana mereka menggunakan 1 pad tunggal untuk satu hari.
  • Memakai pad sepanjang hari adalah tak selamat kerana bahan kimia yang digunakan dalam tuala Ultra yang menukarkan cecair ke gel.
  • Ia menyebabkan kanser di dalam pundi kencing dan rahim.
  • Jika masa penggunaan berpanjangan darah menjadi hijau dan kulat yang terbentuk masuk ke dalam rahim dan badan.
  • Oleh itu, sila cuba menggunakan pad yang diperbuat daripada kapas dan jika anda menggunakan pad ultra, tolong tukar dalam tempoh 5 jam sekali.


  • Tolong jangan rasa malu untuk menghantar mesej ini kepada wanita atau lelaki supaya mereka boleh berkongsi dengan rakan-rakan dan isteri tersayang.
  • Cuci bra setiap hari. Elakkan memakai bra berwarna hitam pada musim panas.
  • Jangan memakai bra semasa tidur.
  • Sentiasa tutup dada sepenuhnya dengan tudung atau selendang apabila anda berada di bawah pancaran sinaran matahari.
  • Sila guna deodorant bukan perspirant.
  • Hantar atau sebar kepada semua wanita yang anda sayangi tanpa teragak-agak.
  • KESEDARAN itu PENTING.
  • Sekadar peringatan. Tak kira lelaki atau wanita, sebarkan untuk pengetahuan bersama.

Yang pasal sentiasa tutup dada sepenuhnya tu aku tertarik, adakah kajian sains telah membuktikan hikmah di sebalik perintah Allah SWT supaya wanita menutup aurat dan melabuhkan kain untuk menutup aurat hingga ke paras dada? Sesuai dengan firman Allah SWT :

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " QS An-Nur : 3. 

Keterangan : Melabuhi tudung atau memakai tudung yang tidak menampakkan bentuk dada dan bahagian tepi tudung dibawah bahu.

Wallahu'alam. Apa yang Islam ajar tak pernah sedikit mensia-siakan, malah kesemuanya ada hikmah yang terbaik buat umatnya. Tahun demi tahun, ada saja bukti yang kukuh muncul dan tersebar di seluruh dunia. Pada wanita di luar sana, jangan malas-malas. Alert ! Jaga kesihatan diri masing-masing.




Edited by Wahidah BME


Kebaikan Pencuci Mulut Laici Kang Untuk Kesihatan

Laici Kang merupakan minuman kegemaran rakyat Malaysia di waktu petang bukan. Tetapi tahukah anda bahawa Laici Kang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan? Jika anda tidak tahu di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa khasiat yang anda boleh peroleh dengan menikmati Laici Kang.




Khasiat barli
Menurut satu kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat telah melaporkan bahawa serat daripada barli sangat efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

Barli juga merupakan sumber baik bagi vitamin B dan sesetengah galian. Kromium sebagai contohnya merupakan galian yang merangsangkan penyejatan glukosa dalam darah. Penyelidik di England melaporkan barli mempunyai kromium yang tinggi dan dikatakan merupakan sumber terbaik kromium. Pesakit diabetes perlu mengawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku.

Khasiat buah kembang semangkuk
Buah kembang semangkuk paling popular dijadikan bahan dalam minuman Laici Kang dan airbatu campur. Scaphium macropodum dan scaphium lychnophorum menghasilkan jeli yang terbaik dalam spesis scapium. Buah kembang semangkuk yang direndam di dalam air dan diminum serta dimakan buahnya dipercayai boleh menurunkan panas badan (ketika demam). Air rendaman buah kembang semangkuk ini juga dapat digunakan untuk merawat asma, pendarahan hidung, melawaskan pembuangan air besar, masalah kulit, sakit mata, sakit gigi, kecacingan di kalangan kanak-kanak dan cirit birit.

Kulit pokok kembang semangkuk bersama herba yang lain direbus dan diminum boleh merawat disenteri dan pendarahan rahim. Meminum air rebusan ini juga boleh menolong melawaskan pembuangan air kecil.

Gabungan bahan-bahan ni di dalam air Laici Kang mempunyai khasiat yang sangat bagus untuk kesihatan badan. Cara membuatnya juga sangat mudah. Anda boleh lakukannya sendiri di rumah dan jadikannya sebagai amalan minuman anda. Selamat mencuba!



Miow Angkat Kesayangan 02/04/13

Miow jiran, tapi dia rajin mai rumah ni. Hehehe, bagi la miow ni makan. Ala maybe sebab salu bagi miow ni makan, tu miow ni salu mai. Kan? :) Ni ada koleksi gambar miow ni duk dalam kotak. Memang suka sangat duk dalam kotak si comel tapi masyam ni.



07 January 2014

Pemandangan Di Belakang Rumahku 04/03/13

Lama tersimpan dalam folder. Hehehe. 2014 baru berpeluang paparkan.




Berita Buruk Untuk Penggemar Sushi


Tahukah anda bahawa pengambilan sushi boleh menyebabkan badan anda terdedah kepada penyakit pembunuh utama negara iaitu penyakit jantung.

Sushi yang sebelum dikatakan sebagai makanan sihat kerana ia mengandungi rendah kalori tetapi kaya dengan Omega-3, namun menurut satu kajian, ikan mentah berpotensi membahayakan kesihatan kerana tinggi kandungan merkuri atau raksa.

Merkuri amat merbahaya kerana ia boleh merosakkan sistem saraf jika diambil dalam jumlah yang banyak. Antara ikan yang mempunyai kandungan merkuri yang tinggi adalah seperti tuna gergasi, todak, yu atau sardin.




Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Majlis Pertahanan Sumber Alam Semula Jadi (NRDC) di New York, Amerika Syarikat (AS) mendapati pengambilan ikan dicemari merkuri boleh memberi menyebabkan kemandulan dan tekanan darah.

Dalam kajian tersebut turut mendapati kandungan merkuri dalam sushi cukup tinggi dan membahayakan kesihatan kerana dikaitkan dengan penyakit jantung melalui aktiviti enzim pada dinding pembuluh darah.

Oleh itu, bagi penggemar makanan sushi anda disarankan untuk mengambil hanya dua sajian ikan yang mengandungi Omega-3 pada setiap minggu.


-COPY-

Tips Menghilangkan Rasa Tertekan

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.




Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

Wallahua'alam..


-COPY-

05 January 2014

25 Perkara Yang Perlu Ditinggalkan Dan Jangan Lakukan

Sharing is caring dan nasihat tanda sayang InsyaAllah ^^




1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka, syaitan sangat kasih orang yang begini. Kalau tertidur lain cerita.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. Kata ulama, kuman dari dalam tandas akan mengikut kaki kita semasa keluar dari tandas. Kata orang tua2, masuk tandas tanpa alas kaki mewarisi kepapaan.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. Orang tua-tua berpesan minum atau makan pada bekas retak/sumbing membawa malang.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Bekas makanan yang dibiarkan bermalam, membawa penyakit.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana keluar kerja berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

6. Jangan tidur selepas solat asar atau pada waktu asar. Makruh dan mewarisi gila atau penyakit mental. Kalau tak kena pada diri kita, ia akan kena pada anak atau cucu kita pula.

7. Jangan tidur selepas solat maghrib atau pada waktu maghrib. Mudah dirasuk syaitan dan mudah terkena sakit belakang dan sakit kepala.

8. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

9. Jangan makan makanan laut bersama makanan darat serentak. Bahaya pada perut dan toksin di dalam badan.

10. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, atau keluar tanpa tujuan yang baik. Takut-takut kita mati dalam perjalanan, tidak dapat pahala. Tuhan pun tidak redha pada kita.

11. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan atau sebelah kaki saja berkasut. Makruh dan mewarisi kepapaan.

12. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Bahaya berbuat begitu semasa memandu, mudah berlanggar atau terbabas. Kalau naik helikopter pun, mudah terbabas agaknya..

13. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. Punca hati jadi tidak tenteram. Punca orang yang solat tidak pernah khusyuk.

14. Jangan menangguh taubat apabila berbuat dosa, kerana malaikat maut tidak menunggu kita bertaubat baru nak ditarik nyawa.

15. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. Tuhan suka orang yang merendah diri. Orang yang meminta maaf tidak pernah rugi di akhirat.

16. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.

17. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

18. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita, menolak bala bencana.

19. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. Banyak gelak lambang kelalaian dan juga menggelapkan hati.

20. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

21. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

22. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. Hidup di dunia ini amat pendek dan tidak perlu disusahkan hati olehnya.

23. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya. Sepandai-pandai kita, tetap jahil juga dengan hikmah kejadian makhluk Allah.

24. Jangan banyak bersoal tentang dalil, hujah, asbab, atau meminta perician sesuatu hukum atau perkara, ia punca Bani Israel mendapat susah dan akhirnya dimurkai Allah. Terima seadanya dan bertanya yang perlu saja. Iaitu yang dapat membawa kita lebih dekat dengan pencipta, bukan yang menambah ego diri sendiri.

25. Jangan tak baca artikel ini dan ambil ikhtibar dari artikel ini.


InsyaALLAH bermanfaat, mudah-mudahan. Aamiin :)


Terbagi Pahala Free Tanpa Sedar

Manusia ni selalu tak sedar yang mereka ni terberi PAHALA FREE kat orang lain. Jagalah ye mulut tu bila berkata atau tangan bila menaip. Penat dan kesian tengok manusia yang kuat mengutuk, mencaci, menghina etc pada manusia yang buat dosa. Lagi kesian bila yang tukang penyebar aib manusia yang buat dosa tu. Janganlah salah guna teknologi ni. Masa semakin singkat, buatlah benda berfaedah sikit ^^


Credit pada pemilik sebenar picture-picture di atas


04 January 2014

Ciri-Ciri Dan Sifat Lelaki Idaman Wanita




1. Yang bercita-cita besar untuk menolong orang lain yang memerlukan, bukannya hidup dilamun angan-angan dan perlu ditolong.

2. Yang tidak malu berkata; “Saya minta maaf, sayalah yang bersalah.”

3. Yang dapat melihat pelbagai pengaruh buruk cuba merosakkan hidupnya tapi tanpa ragu-ragu berkata ” TIDAK”

4. Yang meletakkan urusan Tuhan melebihi segala-galanya.

5. Yang membuat sesuatu,misalnya melaksanakan impiannya, dengan bersungguh-sungguh dan apabila berjaya, dia menghadiahkan setinggi-tinggi perhargaan kepada orang-orang yang membantunya.

6. Yang sentiasa tersenyum, merendah diri dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan.

7. Yang melihat kesilapan diri sendiri sebelum melihat kesilapan orang lain.

8. Yang sedia mencurahkan wang, masa dan kebolehannya kepada orang lain tanpa memikirkan balasan.

9. Yang sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya daripada hanya beromong kosong mengenai hal tersebut.

10. Yang membawa anak-anak ke rumah ibadat, bukannya menghantar mereka ke sana.


Emosi Membahayakan Diri

Jaga diri dan kesihatan ye semua ^^




Nikahlah Jangan Takut ALLAH MAHA KAYA LAGI MAHA PEMURAH

Aku hairan dengan orang yang ingin kaya tetapi tidak (juga) menikah, padahal Allah telah berfirman, “Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka dengan kurnia-Nya” (QS. An Nur : 32)

-Umar bin Khattab-







01 January 2014

Ayuh Kembali Ke Sekolah ! (Imbasan)

Umo dah menghampiri 23 tapi ingatan pada kenangan zaman sekolah tak akan pernah luput. Macam biasa, aku akan ulang selalu ayat ni, aku rindu sangat zaman sekolah teknik aku. Tahun 2007 dan 2008 :)

Ahad, sehari sebelum hari persekolahan mesti budak hostel buat muka MALAS nak balik hostel. Hanya manusia yang luar biasa ja betul-betul EXCITED. Haha. Malangnya aku tak la 100% termasuk dalam golongan LUAR BIASA tu.

Suka belajar memang ada, sebab sejak aku masuk sekolah teknik ni la aku jadi budak rajin. Alhamdulillah Allah bukakan jalan seluasnya untuk aku berubah. Mungkin sebab niat aku, terima kasih Ya Allah dan Abah juga ! Sebab lepaskan anak dia yang hati kecik ni pegi sekolah berasrama. Mak memang berat hati, tapi lama-lama dia akur. Benda pertama sebelum aku nak masuk sekolah asrama aku pk HANTU. Haha. Sengal. Budak-budak kan masa tu. Dengar pula cte HANTU dari kakak & abang sendiri yang dah berpengalaman duk hostel. Lagilah aku lemah semangat. Selamatlah Allah tutup hijab aku dari nampak 'BENDA' tu. Jadilah aku seorang yang penakut dalam masa yang sama berlagak BERANI.

Nanti cte lagi pasal pengalaman. Pape hal pada adik-adik kat luar sana, belajar rajin-rajin. Jaga hubungan dengan Allah SWT dan manusia sekeliling InsyaAllah segalanya berjalan lancar. Ilmu antara perkara yang boleh selamatkan kita kat dunia dan akhirat sana. Semoga berjaya ...


Picture masa form 4 2007
Nak balik hostel, kakak suh test kamera lappy dia
Perghh muka suci masa ni ! Hahaha




Mimpi Kematian Sebelum Pergi Mengadap Allah SWT (Aden Vokalis Edcoustic)

Jujur aku antara peminat kumpulan ni selepas lagu mereka Muhasabah Cinta popular suatu masa dulu. Ada dengar berita kematian arwah ni semalam dari adik. Jumpa artikel ini, milik saudara di Indonesia Innalillah Aden Edcoustic Meninggal Dunia . Tapi tentulah yang menginsafkan diri ini adalah apa yang dialami oleh arwah sebelum Allah mengambil dirinya kembali. Ya Allah... :'( Sama-sama kita muhasabah diri. InsyaAllah....






InsyaAllah tempatnya terbaik di sana. Sama-sama kita doakan...


Muhasabah Cinta


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu