14 March 2014

Maklumat Umum Indeks Pencemaran Udara 14/3/14

Nampaknya jerebu semakin teruk ye, terutamanya sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Bacaan yang paling teruk dan dah mencapai tahap bahaya adalah Pelabuhan Klang. Seingat aku la, zaman masa aku sekolah menengah rendah dulu jerebu berlaku juga tapi bukan tiap-tiap tahun. Tapi sekarang memang keadaan semakin buruk, terang sangat dah sebab tiap-tiap tahun akan ada jerebu yang teruk ni.




Masyarakat pula ada yang suka hati pakai tibai je buat pembakaran terbuka, tak payah tengok jauh-jauh lah sebab sepanjang jerebu ni terjadi depan mata aku sendiri jiran-jiran ada yang buat tak tahu je bakar-bakar sampah. Aish, ikutkan hati nak ja aku snap picture atau record video jadi balaci report kat BOMBA nganga. Tapi entahlah, taknak keadaan jadi lagi teruk. Kang tak pasal-pasal dapat musuh hikhikhik. Nak tegur pun tak berani, almaklum la orang tua kan.

Tak tahu apa yang ada dalam pemikiran orang yang suka bakar-bakar sampah ni. Macam lah takda cara lain nak buat. Pihak BOMBA pun sampai keluarkan AMARAN. Rindu pula cuaca sejuk menggigil awal tahun masa tu. Semua ni musibah barangkali untuk kita semua. Dengan kes pesawat MH370 yang masih tak ditemui lagi tu, Ya Allah... Hanya Allah lagi Maha Mengetahui hikmah sebalik semua ni.

Nak share dengan korang, kalau ada sesiapa yang nak tahu perkembangan tentang Indeks Pencemaran Udara boleh lah layari website Jabatan Alam Sekitar Malaysia . Doakan yang terbaik, moga keadaan kembali pulih seperti biasa. Aamiin InsyaAllah :)


Wahidah BME

6 comments:

  1. Hye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Mohon singgah blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi2. Hee. Welcome. Salam kenal juga.. Ok singgah & follow ^^

      Delete
  2. Cik doakan semoga keadaan kembali pulih lah seperti biase..

    ReplyDelete
  3. Semoga jerebu beransur hilang...AMIN

    ReplyDelete

Macih sudi komen ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN ...... KLIK KLIK YE IKLAN UNTUK INFO