29 April 2014

Langkah-Langkah Pencegahan Jenayah Pecah Rumah

PERKONGSIAN yang di COPY :) :) :)

Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.

Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.


Gambar Hiasan


TIPS MENGHALANG KECURIAN

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).



24 April 2014

Ukuran Keimanan Dalaman Dan Luaran

Perbualan antara dua lelaki, wanita pilihan hati

LELAKI 1 : Weh. Sejuknya mata aku tengok awek tudung labuh uh. Sopan je haa. Senyum pun manis. Mesra. Handsocks. Stokin, tak lepas. Perghhh.. Kalau dapat jadi bini.
LELAKI 2 : Cuba kau tengok awek yang aku usha ni pulak.
LELAKI 1 : Manakah?
LELAKI 2 : Tu....
LELAKI 1 : Kau biar betul. Dia tu dah la tak suka senyum. Masam ja. Tudung tiga segi. Stokin tak pakai. Macam kera sumbang ja. Jarang la aku tengok lelaki cakap dengan dia. Tak mesra alam tau. Ishh. Kau ni biar betul.
LELAKI 2 : Apa yang tak betul?
LELAKI 1 : Kau kan budak surau. Setiap subuh sampai isyak kau yang imam. Budak pandai. Setiap sem dekan. Kau jaga batas kau antara lelaki dengan perempuan. Hari-hari baca al-Quran. Kira kau ni perfect la sebagai lelaki soleh. Takkan kau nak perempuan macam dia?
LELAKI 2 : Kau tengok awek tudung labuh yang kau ushar tu. *si awek sedang duduk bertiga di meja cafe 2. Perempuan dan satu lelaki. Gadis tudung labuh sedang berhadapan dengan si lelaki. Bertentang mata. Kadang kala ketawa manja. Sambil menepuk bahu lelaki itu dengan sengaja.
LELAKI 2 : Kau faham sekarang apa yang aku maksudkan? Yang bertudung labuh, tak semestinye baik. Kau tengok gadis pilihan aku pula. *gadis yang sedang duduk sendirian di datangi seorang lelaki
LELAKI 1 : Siapa lelaki tu weh?
LELAKI 2 : Seorang sahabat yang aku upah untuk menguji gadis tu. *lelaki itu duduk di sebelah gadis itu. Gadis itu bangkit duduk di meja sebelah. Wajahnya tiada senyuman seketika ternampak lelaki itu cuba berbicara. Si gadis langsung tidak memandang wajah lelaki tetapi tetap membalas bicara si lelaki sekadar untuk beradab. Kemudian si gadis meminta diri dengan wajah yang merah padam. 
LELAKI 2 : Kau nampak perbezaannya? Mungkin gadis pilihan aku tidak bertudung labuh. Itu tak menjadi masalah kerana bagi aku pakaian dia sudah mengikut syariat. Tidak ketat. Tidak menampakkan dada. Tidak berstokin. Itu boleh aku ajar perlahan-lahan apabila dia menjadi isteriku.
LELAKI 1 : Kau pastikah kebaikan dia bukan dibuat-buat?
LELAKI 2 : Aku sudah menguji dia sejak dia masuk ke kolej ini lagi. Setiap hari aku dan dia akan masuk ke surau pada waktu yang sama aku masuk kecuali subuh. Keluar juga waktu yang sama. Aku dengar dia mengaji. Perlahan dan sayup suaranya. Kadang-kadang aku dengar dia menangis tatkala berdoa. Aku juga selidik dari adik perempuan aku yang belajar di sini. Dia seorang senior yang baik. Dia pandai memasak. Setiap hari isnin dan khamis dia akan puasa dan sedekahkan beberapa bungkus makanan kepada adik-adik dan kawan-kawan. Dia selalu membuka kelas membaca al-Quran kepada junior yang berkeinginan. Dia seorang yang periang dan manja. Bukan seorang pemarah. Ringan tulang membantu. Sentiasa senyum. Sebab itu ramai junior perempuan menyayanginya. Cuma, semua itu disembunyikan hanya untuk si suami. Sebab itu aku cakap, yang bertudung singkat tak semestinya jahat, yang bertudung labuh, tak semestinya beragama. Aku pernah lihat, sewaktu dia makan bertiga bersama sahabat di cafe. Ada dua ekor kucing datang menghampirinya. Lalu diambil seketul ayam yang dalam pinggannya lalu dibahagi lalu diberi kepada kucing-kucing tu, lalu dia teruskan makan nasi tanpa lauk. Sebab tu aku memilih dia kerana agama yang dipegangnya bukan kerana labuhnya tudung dia.
LELAKI 1 : Owh. Maafkan aku sahabat.
LELAKI 2 : Tak mengapa. Cuma aku tercari waktu sesuai untuk mengkhitbah (pinang) dia.
LELAKI 1 : Aku doakan yang terbaik untuk kau sahabat.
LELAKI 2 : Inshaa Allah. Alhamdulillah.


Bukan labuhnya tudung seseorang itu menjadi ukuran
Tetapi labuhnya sikap zuhud dan tawadhu' dalam diri itu menjadi pengukur iman

"Perempuan cantik itu,
tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu,
tidak mengenali dan dikenali
Perempuan cantik itu,
tidak menegur dan ditegur.."

Wahidah BME - Wanita yang bertudung labuh, tambahan kalau yang belajar dari aliran agama, tolonglah sangat bagi contoh yang terbaik, jaga pergaulan, sebab anda dipandang baik dari segi luaran dan jangan pula memburukkan pandangan disebabkan kesilapan yang disengajakan. Inginkan pasangan yang baik, usahalah jadi seorang yang baik. Istimewakan  diri anda (baik lelaki mahupun wanita) hanya untuk yang selayaknya.


COPY and EDITED by Wahidah BME


16 April 2014

Masjid Negara Kuala Lumpur 14/12/13

Kenangan datang ke sini bersama sahabat baik, Nur Adira Nadiah. Teman untuk ambil sijil kursus kahwin. Sebelum ni pernah datang untuk hadir Kursus Perkahwinan bersama bakal suami, Muhamad Hafiz. Hehehehe. Suka sangat datang sini, datang banyak kali pun tak jemu. Ketenangan. Keindahan.


ALAMAT MASJID NEGARA
Jalan Lembah Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

CARA UNTUK KE SINI MENGGUNAKAN 
PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM
Naik Tren KTM ke Stesen KTM Kuala Lumpur ---> 
Bila dah turun pergi ke arah parking kereta bertingkat Stesen KTM Kuala Lumpur --->
Lalu Terowong Bawah Tanah kemudian anda akan jumpa terus Masjid Negara --->
Senang :) :) :)



Milik Picture Wahidah BME. Sila hormat :)

13 April 2014

TUTORIAL : Remove Word Verification Dari Ruang Komen Post

Sebenarnya dah lama nak buat, hari ni baru lah betul-betul sungguh HEHE. Nak bantu semua blogger, biar orang syok datang blog kita dan komen selalu POST-POST dalam blog kita. InsyaALLAH. Boleh ikut step di bawah.


Tengah SYOK-SYOK komen
Tetiba keluar WORD VERIFICATION
Nak tegur owner BLOG susah pula nak explain
Jadi decide la buat POST ni

STEP 1
Pergi ke DASHBOARD
Klik MORE OPTIONS

STEP 2
Klik SETTINGS

STEP 3
Klik POST AND COMMENTS

STEP 4
Pergi ke "SHOW WORD VERIFICATION"
Klik dan pilih "NO"
DONE :)

Bila SETTINGS dah diubah
Pembaca yang komen InsyaALLAH akan senang hati
Jadi macam bawah ni

CONTOH
Komen dan terus klik PUBLISH

 Seterusnya akan keluar seperti di bawah :)
Ada sebarang soalan boleh komen ya KAWAN-KAWAN

11 April 2014

NASYID : Kepastian by In-Team


Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan 
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan 
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kedukaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah 


video



08 April 2014

Filem "NOAH" Diharamkan Kerana Diadaptasi Dari Kisah Nabi Nuh

Filem terbaru arahan Darren Aronofsky, "Noah" telah diharamkan tayangannya di Malaysia kerana memaparkan jalan cerita yang diadaptasi dari kisah hidup Nabi Nuh A.S.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Abdul Halim Abdul Hamid, Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF) Malaysia keputusan ini diambil tindakan segera kerana bertujuan menjaga kesejahteraan dan sensitiviti umat Islam di negara ini selain masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa.

Filem yang telah ditapis oleh LPF ini tidak selari dengan Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri dan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Poster Filem "NOAH"


Di dalam kitab Al-Quran ada menceritakan kisah Nabi Nuh yang membina bahtera bertujuan menyelamatkan umatnya dan beberapa haiwan dari banjir besar namun akhirnya ahli keluarga dan pengikutnya yang ingkar dengan ajarannya mati. Malahan, kisah Nabi Nuh turut diceritakan dalam kitab Injil.

Filem lakonan Russel Crowe dan Jennifer Connelly ini diilhamkan berdasarkan kisah di dalam kitab Bible dan menceritakan tentang kisah Bahtera Noah.




Menerusi tembual bersama The Telegraph, Crowe sememangnya sudah menjangkakan filem ini akan diharamkan di beberapa negara Islam kerana terdapat aksi dan cerita yang mencerminkan imej Nabi.

Malahan, insiden pengharaman filem ini turut disokong sepenuhnya oleh institusi pendidikan Islam Al-Azhar di Mesir yang mengeluarkan fatwa berhubung isu ini.

"Segala perbuatan yang menggambarkan rasul dan nabi serta pada sahabat boleh memprovokasi emosi umat Islam serta memberi kesan pada undang-undang Islam dan hal sedemikian adalah sangat bertentangan dengan darjat seorang nabi dan utusan Allah," jelas Al-Azhar dalam satu kenyataan.


Official Trailer Filem "NOAH"

02 April 2014

Kolam Semulajadi Di Mount Roraima Venezuela

SubhanALLAH
MasyaALLAH

Indahkan? :) :) :)




Sumber - GOOGLE

Cara Mengetahui Bateri Boleh Diguna Atau Tidak Boleh Diguna

Salam ukhwah semua. Perkongsian maklumat untuk semua, mudah-mudahan bermanfaat. InsyaALLAH :)))





Hehehehehe :DDD


Kadar Tol Jambatan Kedua Pulau Pinang

Sekadar untuk pengetahuan kita semua. Hehehehe. First time tengok TOL yang kenakan juga bayaran pada motosikal. Tapi takpela, think positive :PPPPP . Kalau tak suka bayar tol boleh jalan atas air. Sekian.