08 April 2014

Filem "NOAH" Diharamkan Kerana Diadaptasi Dari Kisah Nabi Nuh

Filem terbaru arahan Darren Aronofsky, "Noah" telah diharamkan tayangannya di Malaysia kerana memaparkan jalan cerita yang diadaptasi dari kisah hidup Nabi Nuh A.S.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Abdul Halim Abdul Hamid, Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF) Malaysia keputusan ini diambil tindakan segera kerana bertujuan menjaga kesejahteraan dan sensitiviti umat Islam di negara ini selain masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa.

Filem yang telah ditapis oleh LPF ini tidak selari dengan Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri dan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Poster Filem "NOAH"


Di dalam kitab Al-Quran ada menceritakan kisah Nabi Nuh yang membina bahtera bertujuan menyelamatkan umatnya dan beberapa haiwan dari banjir besar namun akhirnya ahli keluarga dan pengikutnya yang ingkar dengan ajarannya mati. Malahan, kisah Nabi Nuh turut diceritakan dalam kitab Injil.

Filem lakonan Russel Crowe dan Jennifer Connelly ini diilhamkan berdasarkan kisah di dalam kitab Bible dan menceritakan tentang kisah Bahtera Noah.




Menerusi tembual bersama The Telegraph, Crowe sememangnya sudah menjangkakan filem ini akan diharamkan di beberapa negara Islam kerana terdapat aksi dan cerita yang mencerminkan imej Nabi.

Malahan, insiden pengharaman filem ini turut disokong sepenuhnya oleh institusi pendidikan Islam Al-Azhar di Mesir yang mengeluarkan fatwa berhubung isu ini.

"Segala perbuatan yang menggambarkan rasul dan nabi serta pada sahabat boleh memprovokasi emosi umat Islam serta memberi kesan pada undang-undang Islam dan hal sedemikian adalah sangat bertentangan dengan darjat seorang nabi dan utusan Allah," jelas Al-Azhar dalam satu kenyataan.


Official Trailer Filem "NOAH"

8 comments:

  1. Eloklah filem sebegini diharamkan kerana filem ini dikatakan mencabar sensitiviti umat islam.

    ReplyDelete
  2. Macam dah tak ada cerita lain nak wat movie :(

    ReplyDelete
  3. Noah ni ada ke untuk nama orang islam yer? dah jadi trend orang islam letak nama canggih2 mcm ni..

    p/s: singgah cuit INTI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not sure Cikgu, yang pasti orang kristian panggil Nabi Nuh, Noah...

      p/s: Singgah juga cuit ADS :D

      Delete
  4. Biasa la tuu, non muslim saja ingin menjatuhkan muslim. Malah, boleh menyebabkan perpecahan kalau tak dibendung. :)

    ReplyDelete

Macih sudi komen ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN ...... KLIK KLIK YE IKLAN UNTUK INFO