24 April 2014

Ukuran Keimanan Dalaman Dan Luaran

Perbualan antara dua lelaki, wanita pilihan hati

LELAKI 1 : Weh. Sejuknya mata aku tengok awek tudung labuh uh. Sopan je haa. Senyum pun manis. Mesra. Handsocks. Stokin, tak lepas. Perghhh.. Kalau dapat jadi bini.
LELAKI 2 : Cuba kau tengok awek yang aku usha ni pulak.
LELAKI 1 : Manakah?
LELAKI 2 : Tu....
LELAKI 1 : Kau biar betul. Dia tu dah la tak suka senyum. Masam ja. Tudung tiga segi. Stokin tak pakai. Macam kera sumbang ja. Jarang la aku tengok lelaki cakap dengan dia. Tak mesra alam tau. Ishh. Kau ni biar betul.
LELAKI 2 : Apa yang tak betul?
LELAKI 1 : Kau kan budak surau. Setiap subuh sampai isyak kau yang imam. Budak pandai. Setiap sem dekan. Kau jaga batas kau antara lelaki dengan perempuan. Hari-hari baca al-Quran. Kira kau ni perfect la sebagai lelaki soleh. Takkan kau nak perempuan macam dia?
LELAKI 2 : Kau tengok awek tudung labuh yang kau ushar tu. *si awek sedang duduk bertiga di meja cafe 2. Perempuan dan satu lelaki. Gadis tudung labuh sedang berhadapan dengan si lelaki. Bertentang mata. Kadang kala ketawa manja. Sambil menepuk bahu lelaki itu dengan sengaja.
LELAKI 2 : Kau faham sekarang apa yang aku maksudkan? Yang bertudung labuh, tak semestinye baik. Kau tengok gadis pilihan aku pula. *gadis yang sedang duduk sendirian di datangi seorang lelaki
LELAKI 1 : Siapa lelaki tu weh?
LELAKI 2 : Seorang sahabat yang aku upah untuk menguji gadis tu. *lelaki itu duduk di sebelah gadis itu. Gadis itu bangkit duduk di meja sebelah. Wajahnya tiada senyuman seketika ternampak lelaki itu cuba berbicara. Si gadis langsung tidak memandang wajah lelaki tetapi tetap membalas bicara si lelaki sekadar untuk beradab. Kemudian si gadis meminta diri dengan wajah yang merah padam. 
LELAKI 2 : Kau nampak perbezaannya? Mungkin gadis pilihan aku tidak bertudung labuh. Itu tak menjadi masalah kerana bagi aku pakaian dia sudah mengikut syariat. Tidak ketat. Tidak menampakkan dada. Tidak berstokin. Itu boleh aku ajar perlahan-lahan apabila dia menjadi isteriku.
LELAKI 1 : Kau pastikah kebaikan dia bukan dibuat-buat?
LELAKI 2 : Aku sudah menguji dia sejak dia masuk ke kolej ini lagi. Setiap hari aku dan dia akan masuk ke surau pada waktu yang sama aku masuk kecuali subuh. Keluar juga waktu yang sama. Aku dengar dia mengaji. Perlahan dan sayup suaranya. Kadang-kadang aku dengar dia menangis tatkala berdoa. Aku juga selidik dari adik perempuan aku yang belajar di sini. Dia seorang senior yang baik. Dia pandai memasak. Setiap hari isnin dan khamis dia akan puasa dan sedekahkan beberapa bungkus makanan kepada adik-adik dan kawan-kawan. Dia selalu membuka kelas membaca al-Quran kepada junior yang berkeinginan. Dia seorang yang periang dan manja. Bukan seorang pemarah. Ringan tulang membantu. Sentiasa senyum. Sebab itu ramai junior perempuan menyayanginya. Cuma, semua itu disembunyikan hanya untuk si suami. Sebab itu aku cakap, yang bertudung singkat tak semestinya jahat, yang bertudung labuh, tak semestinya beragama. Aku pernah lihat, sewaktu dia makan bertiga bersama sahabat di cafe. Ada dua ekor kucing datang menghampirinya. Lalu diambil seketul ayam yang dalam pinggannya lalu dibahagi lalu diberi kepada kucing-kucing tu, lalu dia teruskan makan nasi tanpa lauk. Sebab tu aku memilih dia kerana agama yang dipegangnya bukan kerana labuhnya tudung dia.
LELAKI 1 : Owh. Maafkan aku sahabat.
LELAKI 2 : Tak mengapa. Cuma aku tercari waktu sesuai untuk mengkhitbah (pinang) dia.
LELAKI 1 : Aku doakan yang terbaik untuk kau sahabat.
LELAKI 2 : Inshaa Allah. Alhamdulillah.


Bukan labuhnya tudung seseorang itu menjadi ukuran
Tetapi labuhnya sikap zuhud dan tawadhu' dalam diri itu menjadi pengukur iman

"Perempuan cantik itu,
tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu,
tidak mengenali dan dikenali
Perempuan cantik itu,
tidak menegur dan ditegur.."

Wahidah BME - Wanita yang bertudung labuh, tambahan kalau yang belajar dari aliran agama, tolonglah sangat bagi contoh yang terbaik, jaga pergaulan, sebab anda dipandang baik dari segi luaran dan jangan pula memburukkan pandangan disebabkan kesilapan yang disengajakan. Inginkan pasangan yang baik, usahalah jadi seorang yang baik. Istimewakan  diri anda (baik lelaki mahupun wanita) hanya untuk yang selayaknya.


COPY and EDITED by Wahidah BME


1 comment:

Macih sudi komen ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN ...... KLIK KLIK YE IKLAN UNTUK INFO