02 June 2014

Antara Kelebihan Halia

Halia memang tidak asing kepada kita semua, banyak masakan dan hidangan yang menggunakan halia. Tapi tahukah anda,halia juga banyak khasiat untuk kesihatan kita?


1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. 

( Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan)

2. Pencegahan Demam dan Selesema. 

( Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari )

3. Mencegah Barah Usus. 

(Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ Usus)

4. Melegakan Batuk dan Kahak. 

(Jika anda batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas)

5. Rawatan Kanser ovari. 

( Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari)

6. Menguatkan imuniti. 

( Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit setiap hari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.)


11 comments:

  1. Banyaknya kelebihan halia ni .. tapi ekin tetap taley nak makan .. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Xleh masuk eh, xpa bleh gantikan ngan mknn lain :)

      Delete
  2. terima kasih atas perkongsian yg menarik. dulu selalu makan halia goreng, kini suka minum air halia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 hehe. Wah, eloklah cmtu. Buang angin dlm badan.

      Delete
  3. sy tau banyak kegunaan halia nih pun sbb banyak tgok cerita Cina ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi. Hehehe. Sambil tgk cte dpt gk ilmu ok gk dik ;)

      Delete
  4. fuyohh. halia ni lahh yg baik. :D

    ReplyDelete

Macih sudi komen ^^