27 February 2014

Kerjaya Biarlah Bersesuaian Dengan Minat

Kerjaya yang kita pilih biarlah sesuai dengan apa yang kita minat KALAU TAK, ANDA BERKEMUNGKINAN

1.  Pergi kerja tak semangat, terutamanya hari Isnin
2.  Buat kerja tak bersungguh, besar kemungkinan tak ikhlas dan banyak lagi TAK
3.  Cepat rasa bosan
4.  Cepat rasa marah dan stress
5.  Tak bahagia dan ceria
6.  Cepat malas
7.  Bertangguh melakukan tugas
8.  Selalu dimarahi atau ditegur oleh orang atasan
9.  Selalu ambil MC atau EL yang disengajakan
10.  Prestasi kerja buruk dan tidak memberangsangkan
11.  Dipandang rendah oleh pekerja lain atau orang sekeliling
12.  Kurang keyakinan pada diri
13.  Mengambil keputusan drastik berhenti kerja
14.  Tak bertahan lama bekerja
15.  Membuang masa
16.  Menganggur

Usaha sedaya upaya cari kerja yang banyak berpihak pada minat anda.





Wahidah BME

23 February 2014

Kubis Antara Sayur Mampu Elak Penyakit Barah


Tahukah anda bahawa kubis mengandungi banyak zat di dalamnya dan baik untuk kesihatan tubuh badan terutamanya bagi mengelakkan penyakit kanser.

Pelbagai khasiat antikanser yang terkandung dalam sayuran ini iaitu klorofil, vitamin E dan C. kandungan sulfur di dalam kubis juga membantu membuang sisa alkohol dalam darah.

Kubis juga bauk digunakan untuk mengubati penyakit kulit iaitu dengan mengisar daun kubis kemudian dilumur ke kulit bermasalah. Bagi perubatan dalaman, kubis bolhe mengubati penyakit kanser dengan mengamalkan pengambilan sayuran ini sama ada dimasak atau dimakan mentah sebagai ulam.

Antara manfaat kubis ialah menurunkan risiko gangguan jantung dan angina ahmar, mengurangkan risiko kanser usus besar, penyembuhan bisul dan meningkatkan sistem pencernaan. Kubis juga berguna untuk menurunkan kadar kolesterol.

Beras Perang VS Beras Putih (Kebaikan)

Terdapat dua jenis beras iaitu beras putih dan beras perang. Kebiasaanya, nasi putih dimasak menggunakan beras putih. Hal ini kerana beras putih lebih lembut dan cepat dimasak. Bagaimanapun jika nasi dimasak menggunakan beras perang, lebih banyak zat akan diperolehi.

Jika dilihat dari segi luaran, beras perang sama saja dengan beras biasa, tetapi apa yang membezakannya adalah beras perang tidak dibuang selaput kulit yang meliputi beras itu.

Oleh sebab itu, kebanyakan anda lebih menyukai beras biasa kerana ia lembut dan cepat dimasak, berbanding beras perang yang mempunyai tekstur agak kasar.

Ia dinamakan beras perang kerana beras terbabit belum ditapis dan diproses seperti beras putih yang sudah diproses dan dibuang kulitnya.




Bahagian yang dibuang itulah terkandung pelbagai nutrisi yang sememangnya diperlukan badan. Ini termasuk serat, protein, magnesium, manganese dan zink iaitu antara nutrisi yang terbuang semasa proses penapisan.

Beras perang membuat anda berasa lebih cepat kenyang dan membantu untuk mengambil makanan dengan jumlah yang kecil.

Ini dapat membantu proses berdiet kerana kandu-ngan serat yang terkandung di dalamnya membuatkan proses penghadaman menjadi lebih mudah.

Bagi penghidap kencing manis, beras perang sememangnya menu terbaik bagi menggantikan beras putih yang sentiasa menjadi sajian anda. Ini kerana beras perang dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Ia membebaskan gula secara perlahan berbanding beras putih.

Malah, kandungan serat yang tinggi dapat membantu mencegah penyakit kanser usus, dan juga dapat menyah bahan yang tidak diperlukan dan toksin daripada melekat pada usus.

Oleh itu, jika anda ingin menjaga kesihatan anda atau keluarga anda, amalkan pengambilan beras perang dalam menu seharian anda.


20 February 2014

Cuci Mata - Cincin Cantik Belaka 2.0



Titian Kejayaan - Kenangan Zaman Sekolah

Kenal lagu ni masa zaman sekolah teknik dulu, zaman ambil SPM. Huhu. Para guru di SMT Kuala Selangor terbaik ! Asalnya lagu rock, tapi digubah jadi lagu lebih pada motivasi diri. Sesuai sangat untuk para pelajar YES :) Bila dengar lagu yang ada kaitan dengan kenangan zaman sekolah teknik automatik rasa RINDU tu membuak-buak. Hanya ALLAH SWT yang faham apa yang aku rasa. Hee. Apa-apa pun hakikatnya sekarang umur pun dah hampir 23 tahun. Zaman umur 16 dan 17 tahun jauh tinggalkan aku.

Cepat dan pantas MASA. Pada adik-adik yang masih bersekolah, usahalah semampu boleh untuk kejar kejayaan sebab dengan ilmulah hidup kita akan lebih bermakna, daripada situlah kita kenal dan tahu apa tujuan hidup dalam dunia ni yang sebenarnya. InsyaALLAH. Jangan sesekali sia-siakan zaman remaja, zaman muda-mudi kita dengan perkara yang tak berfaedah. Sebelum terlambat, berubahlah :) Indahkan zaman REMAJA kita dengan perkara kebaikan. Yeay ! Jemput hayati lirik lagu TITIAN KEJAYAAN. Hee...


Mengejar kejayaan
Mengharung rintangan
Dengan iringan doa restu
Ayah serta ibu, ku menjejak ilmu

Sedetik yang berlalu
Impianku satu
Gemilang diri, peribadi
Dengan ikrar janji, kata ditepati

Kejayaan diimpikan
Usaha kita perlukan
Kejayaan hasrat kita

Kecemerlangan satu wawasan
Yakini diri tempuh cabaran
Bersama kita buktikan

Zaman berzaman teguh harapan
Semurni impi kita pastikan
Berjaya hingga akhirnya Iklan
Jadwal Sholat Elektronik
Belajar Quran dengan Sekali Sentuh






10 February 2014

Batu Pahat Aku Datang 20/01/13

Masa ni balik kampung sebab kakak saudara kawin, meriah sangat ! Hehe.
2 hari 1 malam tidur rumah kampung. Ni picture yang sempat snap masa singgah rumah Mak Cik, ada la dalam 10 minit perjalanan ke sana. Masa ni pagi lagi, best bila merayap ngan Abah. Huhu. Segar gituu ! Dapatlah tambah pengalaman atau pengetahuan pasal apa yang takda kat bandar. 


Pokok Mas Cotek

Kebun Nenas depan rumah Mak Cik saudara, geram tengok !

Hehe. Paksa dia follow sekali ke rumah Wak Yah. 

Penutup :)