28 March 2014

Anda Persoalkan & Allah SWT Jawab


1.   Ketika kita mengeluh, "Ee.... aku penat sangat." dan Allah menjawab, "Tidakkah Kami menjadikan tidurmu sebagai istirehat." (78:9)


2.   Ketika kita mengeluh, "Beratnya dugaan ini. Tak sanggup rasanya aku." dan Allah menjawab, "Aku tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupan." (2:286)


3.   Ketika kita mengeluh, "Serabutnya!" dan Allah menjawab, "Hanya dengan mengingatku, hati akan menjadi tenang." (13:28)


4.   Ketika kita mengeluh, "Apa yang aku buat ini semua sia-sia." dan Allah menjawab, "Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun nescaya ia akan melihat balasannya." (99:7)


5.   Ketika kita mengeluh, "Tidak ada seorang pun mahu tolong aku." dan Allah menjawab, "Berdoalah (mintalah) kepada Aku, nescaya aku kabulkan untukmu." (40:60)



17 March 2014

Stesen Minyak BURAQOIL Yang Menarik


Jenama Buraqoil ini ada falsafahnya yang dikaitkan dengan keajaiban, kepatuhan, amanah, kepantasan, keinsafan dan ketaqwaan.  
Mendengar kisah israk dan mikraj, kita akan sentiasa ingat betapa peranan dan tugas disempurnakan oleh makhluk ciptaan Allah Swt bernama Buraq dengan Amanah dan sempurna. Jenama IPTB ingin mengambil iktibar dan motivasi dari kisah buraq ini sewaktu israq dan mikraj. 

Berikut adalah kandungan PENGENALAN SYARIKAT STESEN MINYAK BURAQOIL. Menarik, tertarik dan memang menakjubkan. Tahniah kepada pemilik syarikat tersebut atau sesiapa yang mencadangkan nama tersebut. Membuatkan kita sentiasa akan ingat tiada kenderaan sehebat BURAQ di dunia ini. Secara tak langsung kita akan ingat peristiwa ISRAK MIKRAJ yang hanya diingati pada bulan REJAB. Untuk berkenalan lebih lagi dengan stesen minyak ini boleh layari WEBSITE mereka www.buraqoil.com . Tahniah lagi sekali ! :)



---
Wahidah BME

Geram ! Tersangat Comel (Miow Kelabu)



Hasil PRINTSCREEN 
Sebab dah terlalu geram dengan makhluk Allah yang CUTE ni 
Berangan nak ada seekor yang macam ni

Untuk lihat full video
Selamat menghayati KECOMELAN ^^

---
Wahidah BME

Masakan Sup Ketam Mampu Merawat DENGGI

 Pada awal tahun ini telah menyaksikan musim demam denggi semakin menjadi-jadi apabila laporan akhbar tempatan menyatakan sebanyak enam kematian telah dilaporkan akibat dari serangan demam denggi pada awal tahun lalu.

Malah, sejumlah besar kes demam denggi turut dilaporkan di seluruh negara dan ini pastinya membimbangkan anda semua. Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda petua merawat demam denggi dengan sup ketam. Ketam dikatakan sangat mujarab dalam merawat denggi dan juga penyakit chikungunya yang diakibatkan oleh bawaan nyamuk.




Ketam perlu dimasak sebagai sup dan perlu diminum serta makan isinya sekali bertujuan untuk meningkatkan kadar platelet darah secara cepat dalam badan. Ini kerana pesakit denggi biasanya akan mengalami penurunan kadar platelet yang mendadak dalam tempoh beberapa hari dijangkiti virus ini. ketam memnpunyai kandungan protein tinggi yang dapat membantu membina semula platelet darah yang hilang akibat serangan virus denggi.

Namun bagi anda yang tidak tahu bagaimana untuk mencari sup ketam atau tidak tahu bagaimana untuk memasaknya, di sini kami sertakan resipi untuk menyediakan hidangan ini.

BAHAN-BAHAN

Ketam 2 ekor
2 biji buah pelaga
Kayu manis sepjg jari kelingking
Sekuntum bunga lawang
Bawang putih 5 biji ditumbuk
Halia sebesar ibu jari diketok
Serbuk lada hitam/lada putih
3 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bawang goreng, daun sup & daun bawang

CARA-CARANYA

Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kayu manis, buah pelaga sampai naik bau, masukkan bawang putih, halia, biarkan seketika.
Kemudian masukkan air, serbuk lada & garam, biar mendidih kemudian masukkan ketam, biarkan dalam 5-10 minit bagi air ketam tu sebati dgn kuah
kemudian matikan api masukkan bawang goreng, daun sup & daun bawang yang telah diricih itu. Selamat mencuba!


14 March 2014

Maklumat Umum Indeks Pencemaran Udara 14/3/14

Nampaknya jerebu semakin teruk ye, terutamanya sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Bacaan yang paling teruk dan dah mencapai tahap bahaya adalah Pelabuhan Klang. Seingat aku la, zaman masa aku sekolah menengah rendah dulu jerebu berlaku juga tapi bukan tiap-tiap tahun. Tapi sekarang memang keadaan semakin buruk, terang sangat dah sebab tiap-tiap tahun akan ada jerebu yang teruk ni.




Masyarakat pula ada yang suka hati pakai tibai je buat pembakaran terbuka, tak payah tengok jauh-jauh lah sebab sepanjang jerebu ni terjadi depan mata aku sendiri jiran-jiran ada yang buat tak tahu je bakar-bakar sampah. Aish, ikutkan hati nak ja aku snap picture atau record video jadi balaci report kat BOMBA nganga. Tapi entahlah, taknak keadaan jadi lagi teruk. Kang tak pasal-pasal dapat musuh hikhikhik. Nak tegur pun tak berani, almaklum la orang tua kan.

Tak tahu apa yang ada dalam pemikiran orang yang suka bakar-bakar sampah ni. Macam lah takda cara lain nak buat. Pihak BOMBA pun sampai keluarkan AMARAN. Rindu pula cuaca sejuk menggigil awal tahun masa tu. Semua ni musibah barangkali untuk kita semua. Dengan kes pesawat MH370 yang masih tak ditemui lagi tu, Ya Allah... Hanya Allah lagi Maha Mengetahui hikmah sebalik semua ni.

Nak share dengan korang, kalau ada sesiapa yang nak tahu perkembangan tentang Indeks Pencemaran Udara boleh lah layari website Jabatan Alam Sekitar Malaysia . Doakan yang terbaik, moga keadaan kembali pulih seperti biasa. Aamiin InsyaAllah :)


Wahidah BME

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN ...... KLIK KLIK YE IKLAN UNTUK INFO