11 September 2014

Tips Sebelum Membeli Handphone Lenovo

Pergi kedai, minta handphone yang kita nak beli tu dan minta jurujualnya charge handphone dalam keadaan off. Pastikan handphone yang anda ingin beli tu tidak berkeadaan seperti di dalam gambar. Keadaan imej bateri yang tidak sempurna dan keluar tulisan cina.




Tips kedua, buka handphone yang ingin dibeli itu. Dail *#06* dan lihat imej handphone tersebut ada berapa. Jika terdapat dua imei, jangan beli handphone tersebut kerana warranty handphone berkenaan tidak didaftarkan di website rasmi Lenovo sebagai warranty.

Dan jika terdapat satu sahaja imei, anda boleh menyemak warranty handphone tersebut di website rasmi Lenovo.


-COPY-
-PASTE-
-EDITED-



07 September 2014

Di Alam Mahsyar

Kata Ustaz, Mahsyar ni punyalah lama sampai kita hari ini pun tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di Alam Mahsyar. Para sahabat Rasulullah SAW tanya Mahsyar kat mana? Jawab Rasulullah SAW, Mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan. Tiada pokok, tiada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian.

Ini terjadi apabila Malaikat Israfil tiup sangka kala pada pertama kali. Kali kedua Malaikat Israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing-masing dalam keadaan yang sungguh terpinga-pinga. Lalu manusia bertanya sesama sendiri, di mana kita?

Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman Nabi Adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke Mahsyar. Rujuk Surah Yaasin Ayat 52-54.

Ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu. Saidatina Aisyah RA pernah bertanya Rasulullah SAW, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita. Lalu dijawab Nabi SAW dengan memetik Ayat Quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri. Rujuk Surah A'basa Ayat 37 (80:37).

Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. Bila sampai di Mahsyar, perbicaraan tak akan dijalankan lagi. Kena tunggu entah berapa lama, lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada Nabi Adam AS hanya untuk meminta syafa'at untuk Allah percepatkan hisab. Jawab Nabi Adam dia tak boleh bagi syafa'at kerana dia pernah melakukan dosa.

Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh Rasul Ulul Azmi, bermula Nabi Nuh, Musa, Isa, dan Ibrahim tetapi mereka semua hanya berdoa keselamatan diri masing-masing. Lalu pergi semua manusia kepada Nabi Muhammad SAW, lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan,ada orang dah minta kat Allah awal-awal agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kita sahaja, dek padatnya manusia pada hari tu.

Sebelum hisab bermula, kitab-kitab amalan kita akan turun dari Arash. Masa itu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. Sekalipun tangan kanan kita yang ambil kitab kita, ia masih tak menjamin kite ke syurga. Kemudian Allah SWT panggil sorang-sorang untuk dihisab.

Sebelum Allah SWT mula hisab, Allah SWT suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia. Tiada satu pun yang tertinggal, selepas habis baca Allah SWT akan tanya kita 3 soalan.

1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh Malaikat Raqib dan Atid.
2) Tak ingat.
3) Apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.

Setelah ditimbang di Al-Mizan, didapati pahala kita melebihi dosa kita. Seolah-olah sikit lagi kita ke Syurga, tetapi akan ada 'final check' Allah SWT akan buat. Allah SWT akan tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil ke depan untuk menuntut hak mereka.

Antara yang mula-mula bangun adalah anak, isteri, keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan dan lain-lain. Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi kat mereka. Jika pahala sudah habis, dosa mereka pula kita akan tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak-anak dan isteri).

Kita yang perempuan jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak memberi kesan pada diri kita seorang sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada orang-orang yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik-adik lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungilah mereka, janganlah kita pula yang menjadi penarik mereka ke neraka. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.

Hari Mahsyar hari yang sangat dahsyat. Kata Ustaz, hidup di dunia janganlah kite kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti. Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita yang akan membantu kita di sana.

Yakinkah kita bahawa kita tergolong dalam golongan mereka yang dipilih oleh Allah SWT ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang. Bukan juga boleh masuk syurga senang-senang dengan cara menjadi baik seorang diri. Jadi jom sama-sama bantu diri, keluarga, saudara-mara, kenalan dan orang lain berusaha melangkah ke arah syurga Allah SWT.




Moga Allah SWT tolong kita di hari pembalasan nanti. Aamiin..

Terdapat dua jenis manusia
1. Bila dia baca dan lihat ilmu ini dia abaikan.
2. Bila dia baca sesuatu yg bermanfaat dia sebarkan.


-COPY-
-PASTE-
-EDITED-