13 June 2017

Senyumanmu Memikat Hati

Maklang & Raisha


Suka gambar ni walaupun kabur. Setahun dah umur raisha, cepatnya masa berlalu. Terima kasih kakak iparku ain lahirkan anak buah ku yang comel dan bijak ni. Semoga kehidupan ain melimpah kebaikan kebahagiaan keberkatan juga moga raisha jadi anak yang solehah pada ain dan wasie. Aamiin Ya Rabbal'alamin :)


Wahidah BME


Review Restoran D'Rayyan Seafood




Sekali sekala suami bawa ke sini kalau malam jumaat, jumaat hari cuti kami. Dah habis siap kemas gerai di WBP termasuklah habis menyembang dan urus diri masing-masing jam dah pukul 11 malam. Semua gerai makan banyak tutup waktu ni, kalau ada yang buka laki aku cerewet tak mahu g gerai gelap pastu ramai budak lelaki lepak ke apa. Dia punya cerewet kalah ceq ni hahaha, layankan aja.

Tup tup p la tempat biasa ni Restoran D'Rayyan Seafood. Layan sekali sekala minuman sihat carrot susu. Menu kami pilih kalau nak cepat nasi putih, daging masak pedas, tomyam ayam, kailan ikan masin. Kalau masing-masing teringin nak makan ikan siakap, kami order siakap stim sebab lebih sihat dan comfirm bebas minyak. Aku yang gemuk ni pun tak lah bertambah gemuk.

Makanan di restoran ni boleh tahan sedap. Ikan siakap tak rugi cuba. Tukang masak depa ramai tau. Jangan risau makanan mesti sampai cepat. Restoran ni betul-betul depan dengan Terminal Bas Sg Nibong, boleh park kereta kat tepi restoran. Jangan risau pasal parking kecuali korg datang masa pesta penang. Bersepah parking boleh pilih mana korg selesa.

Air minuman kat restoran ni aku dan suami puji memang rasa cukup. Almaklum kami pun meniaga air minuman hahaha tiap kali p mana-mana gerai mesti laki aku suka bagi komen bancuhan orang. Adoi kelako laki aku ni, kadang gurau teruk kata tak sedap lah, ceroi lah, amboi kemain lagi. Aku lebih suka diam sebab aku takut bila aku bancuh orang pulak komen aku. Semak otak. Haha.

Aku sarankan kalau sesiapa bercuti kat penang kalau ada jenjalan petang jam 6 petang sampai pagi buta jam 3 pagi boleh lah singgah restoran ni. Nak-nak kalau korang bawa rombongan ke apa, ha jangan risau ruang untuk tetamu duduk kat restoran ni memang luas. Meja pun besar gedabak. Semestinya depa ada sediakan menu set tinggal pilih apa yang sesuai.

Ok itu saja nak kongsi kat warga dunia. Selamat bercuti di negeri Pulau Pinang. Have fun :)


Wahidah BME


Ulangtahun Perkahwinan Ke-2 Hafiz & Wahidah



Throwback

Orang perempuan macam ni la. Mesti nak ada juga something yang boleh dibuat kenangan. Macam tu juga aku. Kalau ada rezeki lebih tercapai la apa yang dihajati. Mac tahun 2017 genap dua tahun perkahwinan kami. Alhamdulillah.


Wahidah BME

18 February 2017

Jadi Anak Soleh Yeee

Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?
Anak : Sebab saya anak mak kan?
Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..
Anak : Apa tu mak?
Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti.
Anak : Mak! Janganlah...
Mak : Jadi anak soleh ye. Mak perlukan doamu di sana nak..

Mak itu lantas mengalirkan air mata cinta :)


Keluargaku Kebahagiaanku

17 January 2017

Senja Yang Damai

Macam biasa di gerai Warung Bawah Pokok, menunggu pelanggan datang minum dan makan di gerai Tomyam Bawah Pokok. Alhamdulillah walaupun petang agak lengang dah cukup syukur dengan rezeki kencang ALLAH SWT bagi setiap kali waktu rehat pekerja di sekitar kawasan Bayan Baru ni.

Setia di samping suami, aku tak seperti manusia sebaya aku kerja di pejabat mahupun waktu pejabat. Aku lakukan semua demi dia suami tersayang. Bantu semampu boleh dalam meneruskan amanah arwah bapa mertua. Terima kasih abah atas peluang ni. InsyaALLAH kami sentiasa doakan yang terbaik untuk abah.

Senja yang damai, duduk kami merehatkan badan yang lenguh selepas berhempas pulas dari pagi sampai malam setia setiap hari mencari rezeki yang halal dan semoga ALLAH memberi kami peluang yang luas lagi untuk kebaikan bersama di dunia dan akhirat. Aamiin Ya RABBal'alamin.



WAHIDAH BME
Warung Bawah Pokok 
Medan Mayang Pasir
Bayan Lepas Pulau Pinang