17 January 2017

Senja Yang Damai

Macam biasa di gerai Warung Bawah Pokok, menunggu pelanggan datang minum dan makan di gerai Tomyam Bawah Pokok. Alhamdulillah walaupun petang agak lengang dah cukup syukur dengan rezeki kencang ALLAH SWT bagi setiap kali waktu rehat pekerja di sekitar kawasan Bayan Baru ni.

Setia di samping suami, aku tak seperti manusia sebaya aku kerja di pejabat mahupun waktu pejabat. Aku lakukan semua demi dia suami tersayang. Bantu semampu boleh dalam meneruskan amanah arwah bapa mertua. Terima kasih abah atas peluang ni. InsyaALLAH kami sentiasa doakan yang terbaik untuk abah.

Senja yang damai, duduk kami merehatkan badan yang lenguh selepas berhempas pulas dari pagi sampai malam setia setiap hari mencari rezeki yang halal dan semoga ALLAH memberi kami peluang yang luas lagi untuk kebaikan bersama di dunia dan akhirat. Aamiin Ya RABBal'alamin.



WAHIDAH BME
Warung Bawah Pokok 
Medan Mayang Pasir
Bayan Lepas Pulau Pinang


2 comments:

  1. ala tak apalah wahidah.. janji halal weh.. lama tak datang blog kau kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul hihihihi
      Aku lama x update blog
      Lappy rosak x syok nak berblog

      Delete

Macih sudi komen ^^